Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

CEO DBS yakin pendapatan bank dapat capai jumlah lebih tinggi 2024

May 02, 2024 | 07:21 PM



DBS Group Holdings menikmati permulaan kukuh untuk pendapatannya bagi 2024, sedang pendapatan yuran bank itu meningkat disebabkan sentimen pasaran lebih kukuh dan perbelanjaan kad kredit lebih tinggi.

Keuntungan bersih bagi suku pertama 2024 bank itu meningkat 15 peratus kepada paras tertinggi baru sebanyak $2.95 bilion, naik daripada $2.57 bilion bagi suku pertama 2023, menurut bank itu pada 2 Mei.

Pulangan ekuiti DBS juga mencapai rekod baru 19.4 peratus.

Pendapatan DBS, bank terbesar di Singapura dan Asia Tenggara, melebihi ramalan pendapatan $2.5 bilion oleh penganalisis dalam tinjauan Bloomberg, lapor The Straits Times (ST).


Lembaga pengarah DBS mengumumkan pemberian dividen awal sebanyak 54 sen sesaham, dengan saham tambahan daripada pemberian saham bonus baru-baru ini turut layak menerima dividen.

Pada Februari, bank tersebut mengusulkan pemberian satu saham bonus bagi setiap 10 saham yang dipegang.

Nilai saham DBS naik 2.18 peratus kepada $35.66 pada sebelah pagi pada 2 Mei, berikutan pengumuman pendapatan bank itu.

Permodalan pasaran DBS melebihi $100 bilion – yang pertama bagi syarikat tersenarai Singapura, selepas nilai sahamnya mencecah $36 pada 2 Mei dalam dagangan yang rancak.

Sementara itu, nilai saham UOB meningkat 0.79 peratus kepada $30.64 pada 2 Mei, manakala nilai saham OCBC meningkat 0.91 peratus kepada $14.38.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DBS, Encik Piyush Gupta, berkata bank pemberi pinjaman itu mempunyai perniagaan yang meluas dan rancak, sedang pinjamannya berkembang, di samping pendapatan yuran dan jualan pelanggan perbendaharaan yang mencapai paras tertinggi baru.

“Walaupun ketegangan geopolitik berterusan, keadaan ekonomi makro kekal berdaya tahan dan francais kami berada pada kedudukan baik untuk memanfaatkan peluang perniagaan,” ujar beliau.

Beliau turut yakin bahawa pendapatan bank tersebut akan mencapai jumlah lebih tinggi, sekali gus memberi pulangan menarik kepada pemegang saham untuk setahun lagi.

Pendapatan yuran DBS untuk suku pertama 2024 melepasi angka $1 bilion buat pertama kali, meningkat 23 peratus berbanding suku pertama 2023.

Pertumbuhan itu didorong oleh yuran perniagaan pengurusan harta kekayaan yang meningkat sebanyak 47 peratus disebabkan sentimen pasaran lebih kukuh, selain aset bertambah yang berada di bawah pengurusan bank itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >