Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

UOB kurangkan kadar faedah bagi akaun simpanan utama

Apr 2, 2024 | 3:39 PM
UOB kurangkan kadar faedah bagi akaun simpanan utamanya, iaitu Akaun UOB One. Bank OCBC dan DBS pula menyatakan tiada perubahan bagi akaun simpanan utama masing-masing buat masa ini.
UOB kurangkan kadar faedah bagi akaun simpanan utamanya, iaitu Akaun UOB One. Bank OCBC dan DBS pula menyatakan tiada perubahan bagi akaun simpanan utama masing-masing buat masa ini. - Foto TNP

UOB mengurangkan kadar faedah bagi akaun simpanan utamanya, iaitu Akaun UOB One, dan menyebut bahawa kadar faedah dijangka turun pada jangka panjang.

Bank OCBC dan DBS pula menyatakan tiada perubahan bagi akaun simpanan utama masing-masing buat masa ini.

Mulai 1 Mei, pelanggan UOB One yang mempunyai baki akaun sehingga $100,000 akan meraih kadar faedah dari 3 hingga 4.5 peratus setahun, jika mereka memenuhi dua kriteria, iaitu masukkan gaji minimum $1,600 sebulan dalam akaun tersebut, dan berbelanja minimum $500 pada bulan sama, dengan menggunakan kad debit dan kredit yang layak, contohnya kad UOB One dan kad debit UOB One Visa.

Kadar faedah baru itu lebih rendah daripada 3.85 hingga 7.8 peratus yang diraih pelanggan sehingga 30 April, lapor The Straits Times (ST).

Jurucakap UOB berkata semakan tersebut bertujuan menjadikan kadar faedahnya seiring dengan “jangkaan kadar faedah jangka panjang”.

Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) telah pertimbangkan pemotongan kadar faedah selepas ia dinaikkan sehingga paras tertinggi sepanjang 23 tahun lalu, iaitu antara 5.25 dengan 5.5 peratus, selepas pandemik Covid-19 untuk mengekang inflasi tinggi.

Bank pusat Amerika itu memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah semasa mesyuarat terbarunya pada Mac, tetapi pasaran terus menjangka kadar faedahnya akan dikurangkan sebanyak tiga kali – sebanyak suku peratusan mata setiap kali tahun ini, dengan potongan pertama dilakukan selepas mesyuarat pada 12 Jun.

Mulai 1 Mei, UOB juga akan memperkenalkan dua peringkat baki simpanan baru yang membolehkan pemegang akaun menikmati jumlah kadar faedah lebih tinggi.

Namun, pelanggan perlu mempunyai baki melebihi $100,000 dan memenuhi kriteria gaji (minimum $1,600) dan perbelanjaan (minimum $500) sebulan.

Wang simpanan bagi $25,000 seterusnya, iaitu untuk baki akaun antara $100,000 dengan $125,000, akan meraih kadar faedah sehingga 4.5 peratus, naik daripada 0.05 peratus, manakala baki akaun antara $125,000 dengan $150,000 meraih kadar faedah sehingga 6 peratus, juga naik daripada 0.05 peratus pada masa ini.

Jurucakap tersebut berkata bahawa setakat Februari 2024, “bilangan pemegang Akaun UOB One dengan wang deposit lebih $100,000, naik lebih seganda daripada Disember 2022”.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg