Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

UOL jual pusat beli-belah Kinex di Tanjong Katong

Sep 11, 2025 | 5:09 PM
Penjualan pusat beli-belah Kinex adalah yang terbaru dalam siri penjualan aset oleh UOL. 
Penjualan pusat beli-belah Kinex adalah yang terbaru dalam siri penjualan aset oleh UOL.  - Foto TANGKAP LAYAR GOOGLE MAPS

Pemaju hartanah, UOL, telah menandatangani satu perjanjian untuk menjual pusat beli-belah Kinex pada harga $375 juta.

Pembeli hartanah pegangan bebas tersebut ialah Kinex Times Square dan Xiaohong Property Management.

Kinex, yang terletak di 11 Tanjong Katong Road berhampiran Pusat Penjaja Haig Road, merangkumi semua premis perniagaan di pusat beli-belah tersebut yang ditempatkan dalam podium runcit tiga tingkat dan satu aras bawah tanah.

Ia mempunyai keluasan boleh disewa bersih (NLA) seluas 204,223 kaki persegi.

Dalam satu kenyataan pada 10 September, UOL berkata penjualan tersebut adalah peluang untuk “memanfaatkan nilai pelaburannya dalam Kinex” dan merupakan sebahagian strategi berterusan syarikat itu untuk menyusun semula portfolio hartanahnya.

Hasil bersih daripada penjualan tersebut akan membantu UOL dalam pembayaran hutang, pelaburan dan keperluan korporat lain.

Perjanjian tersebut dijangka selesai pada 31 Oktober, lapor The Business Times (BT).

Penjualan Kinex adalah yang terbaru dalam siri penjualan aset oleh UOL.

Pada awal 2025, syarikat tersebut menjual hotel Parkroyal di Yangon, Myanmar.

Ini selepas satu transaksi pada 2024, dengan syarikat tersebut meraih keuntungan sebanyak $21.6 juta daripada penjualan sebuah anak syarikat yang memiliki Stamford Court.

Pada Julai 2023, UOL menjual Parkroyal di Kitchener Road kepada Worldwide Hotels Group dari Singapura pada harga $525 juta, meraih keuntungan $446.2 juta.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg