Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

URA tawar tender tapak perumahan di Dorset, Upper Thomson, Telok Blangah

Jun 24, 2025 | 4:59 PM
Tender bagi tapak perumahan di Dorset Road, Upper Thomson Road (Bidang A) dan Telok Blangah Road (gambar) akan ditutup masing-masing pada tengah hari 9 Oktober, 23 Oktober dan 4 November.
Tender bagi tapak perumahan di Dorset Road, Upper Thomson Road (Bidang A) dan Telok Blangah Road (gambar) akan ditutup masing-masing pada tengah hari 9 Oktober, 23 Oktober dan 4 November. - Foto ST

Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada 24 Jun melancarkan penjualan tiga tapak perumahan yang terletak di Dorset Road, Upper Thomson Road (Bidang A), dan Telok Blangah Road, di bawah Program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) bagi separuh pertama 2025.

Secara keseluruhan, ketiga-tiga tapak tersebut boleh menampung pembinaan sekitar 1,765 unit kediaman privet.

Tapak di Dorset Road meliputi kawasan seluas 10,399 meter persegi, dengan keluasan lantai kasar (GFA) maksimum 36,397 meter persegi, dan boleh menampung pembinaan sekitar 425 unit kediaman.

Tapak di Upper Thomson Road (Bidang A) pula meliputi kawasan seluas 24,421.9 meter persegi, dengan GFA maksimum 53,729 meter persegi, dan boleh menampung pembinaan sekitar 595 unit kediaman.

Tapak di Telok Blangah Road pula mempunyai keluasan kawasan sebesar 13,688.9 meter persegi dengan GFA maksimum 64,338 meter persegi, dan boleh menampung sekitar 745 unit kediaman.

Ketiga-tiga tapak itu mempunyai tempoh pajakan selama 99 tahun dan merupakan sebahagian daripada 5,030 unit kediaman yang akan ditawarkan menerusi senarai yang sudah disahkan dalam program GLS, bagi separuh pertama 2025.

Tender bagi tapak di Dorset Road akan ditutup pada tengah hari 9 Oktober, lapor The Business Times (BT).

Manakala untuk tapak di Upper Thomson Road (Bidang A) dan Telok Blangah Road, tender masing-masing akan ditutup pada tengah hari, 23 Oktober dan 4 November.

Menurut kenyataan URA pada 24 Jun, sebanyak 4,725 unit kediaman privet akan dilancarkan melalui senarai yang sudah disahkan bagi separuh kedua 2025.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan tawaran dalam senarai itu bagi 2025 hampir mencecah 10,000 unit.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg