Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Volvo akan kurangkan sehingga 800 pekerjaan di AS dek tarif Trump

Apr 21, 2025 | 3:47 PM
Pemberhentian pekerja oleh Volvo merupakan tindak balas terkini daripada perusahaan yang terjejas teruk akibat tarif terhadap peralatan kenderaan.
Pemberhentian pekerja oleh Volvo merupakan tindak balas terkini daripada perusahaan yang terjejas teruk akibat tarif terhadap peralatan kenderaan. - Foto AFP

NEW YORK: Syarikat Volvo Group merancang untuk memberhentikan sehingga 800 pekerja di tiga kemudahan perkilangan di Amerika Syarikat dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Ini disebabkan ketidakpastian pasaran dan kebimbangan terhadap permintaan berikutan tarif Presiden Amerika, Encik Donald Trump, kata jurucakap syarikat itu.

Volvo Group Amerika Utara berkata dalam satu kenyataan pada 18 April bahawa ia telah memberitahu para pekerja mengenai rancangannya memberhentikan antara 550 dengan 800 orang di tapak Mack Trucks firma itu di Macungie, Pennsylvania, dan dua kemudahan Volvo Group di Dublin, Virginia, dan Hagerstown, Maryland.

Syarikat itu, yang merupakan sebahagian daripada AB Volvo di Sweden, menggajikan hampir 20,000 orang di Amerika Utara, menurut laman webnya.

Encik Trump telah mengganggu sistem perdagangan global yang telah wujud selama lebih 75 tahun dengan rancangan mengenakan tarif ke atas produk dari seluruh dunia.

Dasar perdagangan beliau yang tidak konsisten itu telah merosakkan keyakinan pengguna dan perniagaan, serta menyebabkan pakar ekonomi menaikkan ramalan mereka tentang kemelesetan ekonomi di Amerika.

Pemberhentian pekerja oleh Volvo Group itu adalah tindak balas terkini daripada perusahaan kereta dan trak yang terjejas oleh tarif Presiden Amerika itu ke atas beberapa peralatan kenderaan, yang dijangka akan meningkatkan kos pembuatan kenderaan.

“Pesanan trak berat terus terjejas teruk akibat ketidakpastian pasaran mengenai kadar penghantaran dan permintaan, kemungkinan perubahan peraturan, serta impak tarif,” kata jurucakap Volvo Group Amerika Utara dalam satu kenyataan melalui e-mel.

“Kami amat kesal terpaksa mengambil langkah ini, namun kami perlu menyesuaikan pengeluaran dengan permintaan yang semakin berkurang bagi kenderaan kami,” tambahnya. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg