Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Webinar percuma kupas nominasi CPF, fatwa berkaitan

Jul 25, 2025 | 11:27 AM
WMS, CPF, BH
Webinar ‘Penamaan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan Hibah: Apa Kaitannya dalam Perancangan Legasi Islam?’ anjuran Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) dengan kerjasama Berita Harian akan diadakan pada 30 Julai, membincangkan isu penamaan CPF dan kedudukannya dalam perancangan legasi Islam. - Foto BH

Seorang bapa tiga anak meninggal dunia secara mengejut tanpa membuat nominasi atau penamaan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) kerana beranggapan duit itu akan secara automatik diberikan kepada isteri dan anak-anaknya.

Tetapi, sebenarnya tidak.

Apakah yang akan berlaku jika beliau tidak membuat penamaan CPF?

Ini merupakan antara kes yang akan dikongsi dalam satu webinar percuma yang diadakan pada 30 Julai ini dari 8 malam hingga 10 malam.

Webinar Penamaan CPF dan Hibah: Apa Kaitannya dalam Perancangan Legasi Islam? merupakan siri webinar yang dianjurkan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) dengan kerjasama Berita Harian (BH).

Konsultan Kewangan dan Anggota Kumpulan Kerja Perancangan Legasi Islam, Encik Hafiz Noorahman, dan Anggota Penuh, Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Pengarah Syariah Consultancy, Ustaz Dr Firdaus Yahya, akan mengupas isu itu.

“Sejak 2023, kami (WMS) telah menganjurkan pelbagai acara yang menyentuh aspek-aspek penting dalam perancangan legasi Islam.

“Namun, berdasarkan pemerhatian terhadap soalan yang diajukan dalam sesi soal jawab, ramai peserta masih keliru tentang isu penamaan CPF – khususnya sama ada pengagihan CPF perlu mematuhi prinsip faraid dan sama ada orang Islam dibenarkan membuat penamaan.

“Justeru dalam webinar kali ini, kami berhasrat untuk memberikan pencerahan tentang kepentingan penamaan CPF sebagai sebahagian daripada perancangan legasi.

“Pakar-pakar juga akan menjelaskan kedudukan penamaan ini dari sudut pandangan Islam, termasuk fatwa yang membenarkannya, agar masyarakat lebih yakin dan bersedia dalam merancang pewarisan mereka secara berhemah dan berlandaskan syariah,” ujar WMS.

Encik Hafiz akan berkongsi mengenai ciri utama penamaan CPF dan salah tanggapan yang masyarakat ada mengenainya.

Misalnya, adakah CPF perlu mengikut peraturan faraid? Ini bermakna adakah penama dalam nominasi itu boleh termasuk bukan waris?

Ustaz Dr Firdaus pula akan menyentuh makna hibah dalam legasi Islam dan kaitannya dalam penamaan CPF.

Fatwa juga telah dikeluarkan berkenaan dengan penamaan CPF dan ini akan dijelaskan lebih lanjut oleh Ustaz Dr Firdaus.

Untuk mendaftar, sila imbas kod QR di poster di atas.

Siri webinar empat bahagian anjuran WMS dengan kerjasama BH diadakan setiap bulan bagi mengupas mengenai perancangan legasi Islam dan kepentingan perancangan harta pusaka.

Webinar empat bahagian itu akan diadakan secara percuma menggunakan wadah webinar BH. Webinar pertama telah diadakan pada 25 Jun.

Berikut adalah tarikh dan topik bagi tiga webinar selanjutnya:

30 Julai: Cara Mudah Rancang Legasi Anda: Penamaan CPF dan Insurans
28 Ogos: Wakaf: Wadah Pahala Berkekalan
24 September: Lindungi Keluarga Melalui Wasiat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg