Sesi pertama webinar BH, Wakaf Masyarakat S’pura, kupas kepentingan rancang harta
Sesi pertama webinar BH, Wakaf Masyarakat S’pura, kupas kepentingan rancang harta
Sekitar 100 peserta menghadiri sesi webinar anjuran Berita Harian (BH) dan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) pada 25 Jun.
Bertajuk ‘Perancangan Legasi Islam: Bagaimana Nak Mula?’, sesi webinar itu mengupas asas perancangan legasi sambil mempelajari cara merancangnya dengan berkesan.
Barisan anggota panel yang diundang ialah Ketua Pegawai Eksekutif SSA Group dan Barakah Capital, Encik Suhaimi Salleh; Pengarah Urusan Crescent Law Chambers LLC, Encik Ahmad Nizam Abbas; dan Pengasas IlmHub, Ustazah Shameem Sultanah.
Penolong Editor Berita BH, Cik Atiyyah Mohamed Said, tampil selaku moderator sesi itu.
Dalam sesi sekitar dua jam itu, anggota panel mengupas kepentingan merancang harta secara sah dan berlandaskan syariah demi kemaslahatan waris dan masyarakat.
Ini merupakan sesi pertama daripada empat siri webinar.
Topik lain yang akan dibincangkan termasuk, ‘Cara Mudah Rancang Legasi Anda: Penamaan CPF dan Insurans’ (30 Julai); ‘Wakaf: Wadah Pahala Berkekalan’ (28 Ogos); dan ‘Lindungi Keluarga Melalui Wasiat’ (24 September).

