Sekumpulan kakitangan Yayasan Temasek telah mengunjungi bilik berita Berita Harian (BH) pada 8 Oktober 2024 dalam satu lawatan muhibah.
Mereka termasuk Ketua Pembangunan Korporat Yayasan Temasek dan mantan Anggota Parlimen (AP), Encik Amrin Amin dan Pengarah Bersekutu Yayasan Temasek, Cik Bridgette See.
Mereka disambut oleh Editor BH, Encik Nazry Mokhtar; Editor Berita, Encik Hadi Saparin, dan Editor Audiens dan Perkembangan, Cik Norhaiza Hashim.
Lawatan tersebut sebahagian daripada usaha untuk berbincang mengenai bidang-bidang kerjasama yang boleh dijalankan oleh BH dan Yayasan Temasek.
Semasa lawatan itu, antara lain mereka telah diberikan taklimat mengenai operasi kerja pasukan media sosial dan jenama golongan muda BH, OMGxBH.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg