Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Daripada bintang, Sufi nyaris 'terhempas'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

AKADEMI FANTASIA MEGASTAR

Daripada bintang, Sufi nyaris 'terhempas'

AF
Sep 28, 2017 | 05:30 AM



KEJUTAN demi kejutan dirasakan artis Singapura Sufi Rashid di medan pertandingan yang bermain di bibir ramai buat masa ini - Akademi Fantasia (AF) Megastar - Ahad lalu.



Pada mulanya, beliau dinobatkan sebagai 'Bintang Minggu Ini', meskipun ada pengguna Twitter berasa lagu rok jenama Singapura yang beliau bawakan - Sambutlah Kasih, nyanyian asal Lovehunters - kurang 'menyengat'.



Keputusan gelaran 'Bintang Minggu Ini' tajaan gedung dalam talian GoShop itu dibuat berdasarkan undian penonton.



Kemudian, debaran memuncak di dada Sufi, 26 tahun, apabila beliau berada di tiga tangga terbawah peraduan itu bersama Ewal Ismail dan Amir Jahari, kededuanya 25 tahun.



Kata Joe Wings, yang tampil sebagai pengadil undangan, mengenai persembahan Sufi yang diiringi koir:



"Cara awak persembahkan itu nampak seperti awak terlalu mencuba menjadi seorang roker. Anda perlu faham liriknya sebab persembahan awak sangat kontra. Pergerakan awak patut semula jadi."



Akhirnya, Ewal, anak bekas vokalis kumpulan rok Wings Ismail (Mel), tersingkir daripada Konsert Minggu Kedua yang bertemakan rok.



Sufi dan Amir terselamat dan mara ke Konsert Minggu Ketiga di Royal Theatre, Shah Alam.



Namun, dalam keadaan diselubungi bahang persaingan dan dilempar kritikan di Twitter, Sufi tidak mudah menyerah kalah.



Beliau akur banyak yang ingin dipelajari dalam AF Megastar, lebih-lebih lagi apabila berkongsi pentas dengan peserta handalan yang tentunya membuatnya berasa lebih gementar.



"Mungkin ada perkara yang juri atau tenaga pengajar dahulu pesan dan saya terlupa.



"Saya dahagakan tunjuk ajar dan ingin banyak belajar kerana sudah sampai ke peringkat ini.



"Seberapa boleh, saya akan terus mencuba dengan memanfaatkan pelbagai idea. Tak apalah kalau berkali-kali gagal sebab menerusi pertandingan begini, matlamat saya ialah memperkasa lagi persembahan saya.



"Gelaran 'Bintang Minggu Ini' itu satu kejutan. Saya hadiahkan kemenangan saya ini kepada peminat dan pengikut setia saya," katanya lagi.



Saban minggu, juri memberi komen tentang persembahannya yang dirasakan masih kurang 'ooomph' dalam beberapa aspek yang dinilai.



Dalam Konsert Minggu Pertama, Datuk Ramli MS malah menyatakan dendangan rok Sufi dalam lagu Bon Jovi, You Give Love A Bad Name, kedengaran seperti lagu pop.



Seorang pengguna Twitter yang sependapat dengan Datuk Ramli, Izzvandervogue, berkata:



"Rok memang bukan lagu jerit dik tapi lagu jiwa. Masalahnya kalau kau tak ada jiwa, macam mana Sufi?"



Ada juga yang berasa Sufi memerlukan identiti agar tampak menyerlah daripada peserta lain, seperti Syamel dan Marsha, yang mempunyai kelebihan dari segi penampilan dan kehadiran mereka di pentas.



Memberikan kata-kata semangatnya buat Sufi, peminat bernama Ayumiasar4 berkata:



"Sufi harus ingat kata-kata ini: 'Ada mutiara di dalam diri anda yang harus dicanaikan'. Tunjukkanlah kepada juri apa yang Sufi miliki. Tentunya Sufi kuat dalam menghadapi semua ujian AF Megastar."



  • Konsert AF Megastar disiarkan di Astro Ria (Saluran 608) Singtel TV mulai 9 malam setiap Ahad. Undi Sufi di laman www.afmegastar.com.my.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >