Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Gigil lalui latihan filem seram

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Gigil lalui latihan filem seram

Jul 07, 2019 | 05:30 AM



DARI mengacara dan menjayakan drama kanak-kanak atau keluarga, pelakon remaja setempat, Nur Sabrina Nasir, menerima pula tawaran menghidupkan filem seram Ibu.



Bayangkan dirinya perlu berada dalam lokasi ngeri di kawasan rimba yang diubah seperti tanah perkuburan.



Kemudian beliau dibasahi pula hujan yang mencurah-curah dalam babak penuh emosi.



Nur Sabrina, 18 tahun, yang kini muncul dalam drama Mediacorp Suria, Suparman, berkata:



"Saya sebenarnya bersyukur diberi kesempatan menjayakan filem Ibu.



"Saya menyertai bidang lakonan pun secara kebetulan sewaktu di menengah satu. Niat di hati hanya nak dapatkan wang tambahan.



"Tahu-tahu, dapat pula peranan dalam drama kanak-kanak di Suria. Saya juga didedahkan pada tugas mengacara."



Beliau akur menghidupkan watak dalam filem seram tidak semudah yang dibayangkan, lebih-lebih lagi apabila perlu berlakon dalam kawasan rimba yang becak dan berlumpur.



"Saya tak sangka dapat peranan ini kerana terjumpa seorang bakat lain yang memang bagus dan berkeyakinan diri dalam sesi uji bakat.



"Mujurlah, saya mendapat pembimbing seperti Abang Sani Hussin yang tegas sampaikan menggigil saya dibuatnya ketika melalui latihan dengannya.



"Beliau mengajar saya bermacam cara lakonan. Saya ingin tahu selok-belok menangis tanpa dipaksa. Beliau minta saya ingatkan segala pengalaman pahit yang pernah dilalui.



"Apabila dikenang-kenang kembali peristiwa yang menyedihkan itu, saya langsung dapat memberikan emosi yang dimahukan bagi watak saya itu," katanya.



Nur Sabrina yang bercita-cita menjadi pakar fisioterapi sukan dan menganggap lakonan sebagai hobi juga teruja digandingkan dengan model Malaysia, Alicia Amin, 23 tahun.



"Alicia jadi ibu tiri saya yang muda. Beliau banyak mengajar saya tentang bermacam perkara tentang dunia seni dan hiburan. Kami saling berkongsi.



"Kalau diminta menjelaskan tentang peranan saya dalam filem ini, ia memang jauh beza daripada perilaku saya yang sebenar.



"Gadis bernama Arissa ini panas baran selepas kehilangan ayahnya.



"Dia mula menyalahkan ibu tirinya. Saya ingin kembalikan api kemarahan dalam diri saya yang pernah ada dahulu tetapi nampaknya ia sudah pupus ditelan masa.



"Dalam menghidupkan filem seram ini, ia lebih daripada setakat menjalani penggambaran filem seram di lokasi ngeri.



"Kita harus faham emosi yang harus ada dalam setiap watak khususnya watak kita bagi memberi respons yang baik," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >