Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Haizad, jururawat ubati rindu peminat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Haizad, jururawat ubati rindu peminat

Sep 27, 2019 | 05:30 AM



PADA usia 40 tahun, tumpuan bakat setempat, Haizad Imran adalah pada pekerjaan tetapnya sebagai jururawat di Institut Kesihatan Mental (IMH).



Dengan isteri serta dua anak lelaki berusia dua dan 12 tahun menjadi buah hati pengarang jantungnya, Haizad tidak mampu mengabaikan amanah bekerja keras demi masa depan mereka.



Sungguhpun begitu, penyertaan jejaka sasa dan kacak ini dalam peraduan realiti SG Mania 3, baru-baru ini, membuatkan ramai teruja mendengar suara maco serak-serak basahnya yang disamakan persis Datuk Jamal Abdillah oleh guru vokal, Ann Hussein.



Setelah sekian lama hanya melihat beliau berlakon dan mengacara, rindu pada suaranya yang suatu ketika dahulu berkumandang dalam peraduan realiti Singapore Idol terubat akhirnya.



Haizad berada dalam senarai 18 peserta terbaik peraduan yang diadakan pada 2004.



Beliau kemudian dilamar bagi filem setempat, The Maid sebelum berlakon dalam drama The Shooting Stars bersama juara Singapore Idol, Taufik Batisah.



Peranan komedi kemudian disandangnya dalam drama Mediacorp Suria, 2x5 Dol.



Sebagaimana jelas Haizad yang mempunyai ramai pengikut wanita yang 'cair' dengan wajah awet muda dan budi bicaranya yang sopan:



"Saya sebenarnya sudah lama tidak menyanyi di pentas besar seperti SG Mania 3. Kalau menyanyi pun, di ruang karaoke atau majlis kahwin. Justeru, rasa gerun boleh dirasakan apabila saya cabar diri untuk menyanyi kembali.



"Lebih mencabar kali ini apabila saya diberi lagu-lagu malar segar untuk diubah suai. Kita perlu tahu konsep apa yang ingin kita sajikan. Kalau tidak diberi kesempatan bertanding, saya tak mungkin belajar tentang menyusun semula sesebuah lagu. Saya belajar daripada pengarah muzik, Syawal Kassim."



Haizad akur terasa kerinduan selepas tamatnya SG Mania 3 di mana beliau tersingkir awal di pusingan pertama tatkala berdepan dengan saingan sengit penyanyi mapan Adeep Nahar dan bakat muda Liwani Izzati Jelani.



"Saya rindukan rasa gementar nak naik pentas bagi persembahan yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.



"Banyak persiapan dan perancangan yang perlu difikirkan. Minda sentiasa bergerak. Saya menyanyi dan berlatih berulang kali sampai rasanya anak-anak saya penat dengar ayah mereka berlatih.



"Mujurlah, ada isteri saya, Alia Demelda Sharma, yang sentiasa beri sokongan. Beliau juga penyanyi profesional sebelum ini. Beliau tidak penat mendengar saya menyanyi berulang kali.



"Saya minta maaf kepadanya kerana mengecewakan dirinya dan selalu buat beliau gementar dan risau berminggu sebelum pertandingan," tambahnya.



Alia kini adalah pengurus besar akademi penghibur, The Emcee Academy By The Flying Dutchman yang melatih sesiapa yang ingin jadi pengacara dan penghibur berwibawa. Beliau juga mengendalikan perniagaan fabrik turban dan bagi aksesori balutan leher.



Ditanya apakah perancangannya kini, Haizad yang pernah berhenti seketika sebagai jururawat bagi meneroka cabang seni secara sepenuh masa menambah:



"Apabila ada tanggungan, saya perlukan tugas tetap yang dekat di hati saya. Saya suka jumpa pesakit dan memberi keceriaan agar mereka beransur sembuh. Saya suka membantu mereka yang memerlukan.



"Saya juga ingin jadi contoh yang baik buat anak-anak. Dalam mereka dewasa kelak, saya berharap mereka dapat lakukan sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan, tidak kira dalam apa jua bidang. Saya dan isteri akan menggalakkan mereka.



"Apabila umur sudah mencecah 40 tahun, saya mahukan yang terbaik buat keluarga. Sungguhpun begitu, saya akan teruskan minat saya terhadap bidang nyanyian dengan membuat persembahan akustik atau menyanyi di majlis kahwin dan acara lain.



"SG Mania 3 telah memberi publisiti buat saya terus menjana kerja seni. Saya bertemu rakan pesaing seperti Adeep yang teruskan minat menyanyi dan kembali ke Singapura selepas berbelas tahun di Malaysia. Liwani, anak muda yang berpengalaman bertanding di bermacam peraduan sejak kecil. Kami saling memberi dorongan.



"Orang tahu saya masih boleh menyanyi dan saya harap akan diberi tawaran kembali ke pentas lagi.



"Saya juga akan terlibat dalam projek mengacara rancangan kesihatan, SOS, yang dekat di hati saya. Kalau saya dapat menyumbang kepakaran saya dalam bidang kesihatan, itu satu aspek dunia seni yang saya hargai."



  • SG Mania 3 boleh anda saksikan di aplikasi Toggle.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >