Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Atikah Suhaime kongsi perasaan tak jadi kahwin hari ini

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Atikah Suhaime kongsi perasaan tak jadi kahwin hari ini

Mar 17, 2019 | 04:00 PM



PASANGAN selebriti Atikah Suhaime dan Awi Rafael yang sepatutnya melangsungkan majlis pernikahan hari ini meluahkan perasaan mereka di Instagram.



Atikah memberitahu majlis tersebut boleh menjadi perkahwinan yang indah dengan hiasan serta rekaan yang dipilih oleh perancang majlis, Little Rizqculla, dan ibunya.



Bagimanapun, Atikah berkata beliau hanya boleh melihat suasana majlisnya dalam mimpi dan kemudian bangun dalam keadaan bersedih.



"Ia sepatutnya boleh menjadi perkahwinan yang indah pada hari ini. Hiasan dan rekaan yang dipilih oleh @littlerizqculla dan mama saya.



"Tapi saya hanya boleh lihat ini dalam mimpi saya, berjalan sendirian di laluan putih dengan lampu dari pelamin 10 meter, dan kemudian bangun dengan air mata," katanya menerusi Instastory.



Atikah dan Awi mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan pembatalan majlis perkahwinan tiga hari sebelum majlis berlangsung iaitu pada hari ini, menurut mStar Online. 



Sementara itu Awi menerusi Instagram mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang menghadiahkan tempat untuk berehat dan menenangkan fikirannya.



Menurut Awi, beliau akan terus berusaha kuat untuk membanggakan ibunya dan mencuba lagi untuk membina keluarga di masa hadapan.



"Terima kasih Ibu, hadiahkan Awi tempat rehat untuk tenangkan fikiran. Tak sangka Ibu dah simpan duit, khas untuk hadiah ini. Ibu tahu saya sudah cuba yang terbaik Ma.



"Awi akan usaha lagi kuat untuk tetap banggakan Ibu. Doa dan restu Ibu nombor satu untuk seorang anak lelaki. Insha-Allah kalau ada rezeki, Awi akan cuba lagi untuk membina keluarga masa depan Awi," tulisnya.



Dalam pada itu, Awi dan Atikah turut berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan doa buat mereka berdua.



Kata Awi, mereka akan sentiasa positif dan cuba untuk teruskan hidup dengan pengajaran yang diraih sepanjang tahun lalu.



"Awi dan juga @therealatikahsuhaime mengucapkan terima kasih kepada semua kerana beri sokongan dan doa kepada kami berdua.



"Kami akan kekal positif dan cuba teruskan hidup, dengan pengajaran yang kami berdua telah miliki sepanjang tahun lalu. Tanggungjawab sekarang harus ke keluarga masing-masing. Insha-Allah semua akan faham. Buat yang terbaik OK Atikah. Kami cuba yang terbaik yang mampu. Allah lebih mengetahui," ujarnya.



Sebelum ini, Awi dan Atikah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu di kediaman wanita itu di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >