Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Uji Rashid diarah kosongkan rumah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Uji Rashid diarah kosongkan rumah

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia lulus permohonan penyanyi dapatkan bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat
Mar 17, 2018 | 05:30 AM



DI sebalik senyuman yang sentiasa terukir di wajah penyanyi veteran Uji Rashid, ramai yang tidak sedari kesusahan yang beliau lalui, kecuali kisah peribadi yang melibatkan rumah tangga anaknya.



Sehinggalah kelmarin peminatnya dikejutkan dengan berita beliau telah diarahkan mengosongkan rumahnya di Ampang, Selangor, dipercayai kerana gagal membayar sewa rumah.



Catatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Tan Sri Noh Omar, berkongsi berita sedih itu menerusi Facebook selepas dikunjungi penyanyi tersebut bersama anaknya, Cico, dan cucunya, yang hadir di pejabat kementerian berkenaan bagi meminta bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR), menjadi tular di media sosial.



Tan Sri Noh berkata disebabkan permohonan artis itu menepati syarat, maka beliau telah memberi kelulusan khas kepada Uji dan keluarga mendiami rumah berkenaan.



"Beliau ada memohon rumah PPR sebelum ini dan saya dimaklumkan bahawa beliau akan diusir dari rumah sewanya di Ampang dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan.



"Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga agar dapat mendiami PPR dengan segera.



"Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam hidup Uji Rashid sekeluarga," katanya dalam laman sosial itu.



Dalam temu bual dengan akbhar Utusan Malaysia, Uji mengakui bukan sekali, bahkan sejak 1990 sudah berpuluh kali beliau berpindah rumah sewa hanya kerana kesempitan hidup yang dilaluinya.



Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al-Rashid tidak pernah kesal atau menyalahkan takdir, sebaliknya sentiasa berusaha mengubah masa depannya.



"Allah mendengar doa saya. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang membantu saya mendapatkan rumah PPR. Alhamdulillah ada tempat untuk berlindung dan saya tidak perlu bimbang untuk memikirkan sewa rumah yang perlu dibayar pada setiap bulan," ujar penyanyi yang popular menerusi lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu.



Kata Uji, kurniaan rumah PPR dengan bayaran bulanan yang rendah itu sudah cukup besar buatnya memandangkan selama ini beliau dan anaknya melalui hidup yang sangat sederhana.



Melalui hidup yang sukar, termasuk membesarkan anak tunggalnya, Cico atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 39 tahun, selama lebih tiga dekad, Uji meluahkan rasa terkilan apabila segelintir pihak tidak pernah cuba mahu memahami bagaimana beliau berjuang meneruskan hidup.



"Artis dipersalahkan dan dibidas dengan pelbagai tuduhan apabila kami melalui saat yang susah. Saya tidak mengharapkan apa-apa simpati, sebaliknya saya sangat gembira jika orang ramai cuba meletakkan diri mereka ke tempat saya.



"Orang ramai tidak tahu bagaimana susah payah saya berusaha mencari rezeki, tetapi tidak selalu nasib menyebelahi saya. Namun begitu, saya tidak pernah rasa kesal kerana saya sentiasa percaya pada kebesaran Allah. Mungkin ada sebabnya kenapa saya tidak diberi kekayaan seperti orang lain," ujar Uji lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >