Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Isteri Jamal Abdillah hamil

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Isteri Jamal Abdillah hamil

Jul 25, 2019 | 08:55 AM



ISTERI kepada penyanyi popular Jamal Abdillah, Zai Izzati Khairuddin, 25 tahun kini hamil selepas gugur tiga kali sebelum itu. 



Penyanyi 60 tahun itu berkata mereka menjangkakan kelahiran anak perempuan mereka pada Oktober atau November. 



Jamal, yang telah melalui tiga perkahwinan lain yang berakhir dengan penceraian, telah bernikah dengan Zai Izzati pada 2017. 



“Apabila beliau menjalani pemeriksaan doktor baru-baru ini, doktor berkata bayi dalam keadaan yang sihat,” kata penyanyi itu. 



Akhbar Malaysia, New Straits Times, berkata Jamal melambatkan berita baik itu sehingga pasangan tersebut pasti keinginan mereka untuk memulakan keluarga tidak berakhir dengan kehampaan sekali lagi. 



Katanya beliau tidak berfikir keguguran yang dilalui isterinya berlaku semula jadi, dan mendakwa seseorang mungkin telah menggunakan ilmu hitam untuk mengganggu mereka. 



Sekarang isterinya hamil dan Jamal berkata “anggota keluarga kami mencadangkan namanya, dan kami terbuka kepada maklum balas dari peminat.”



Jamal kini mempunyai dua orang anak lelaki, 18 dan 12 tahun dari perkahwinannya sebelum ini. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >