Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Izat pernah dibedah kerana injap jantung rosak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Izat pernah dibedah kerana injap jantung rosak

Sep 14, 2019 | 05:30 AM



TIADA siapa menduga di sebalik senyuman yang sering terukir di bibirnya, banyak ujian kehidupan, baik kesihatan mahupun kekeluargaan ditempuhi bakat setempat Izat Ibrahim.



Setiap kali membuat persembahan, baik di ruang legar Esplanade mahupun pentas peraduan realiti SG Mania 3, kelincahan Izat, 29 tahun, cukup menyerlah.



Beliau tampak ceria dan bersahaja dengan gurau sendanya yang mencuit hati serta personaliti santainya yang membuat sesiapa sahaja selesa berinteraksi.



Namun, tatkala mendendangkan lagu asal biduanita legenda Rahimah Rahim, Cabaran Cinta, dalam pusingan 'face-off' (mencantas lawan) SG Mania 3, dapat dikesan sebak di dada.



Lagu rancak itu diberi sentuhan balada sayu lebih 'melodrama' oleh penggubah muda, Reyza Hamizan, atas saranan Izat yang ingin lagu itu mempunyai irama ala bintang popular, Adele atau Calum Scott.



Walaupun Izat tidak dinobatkan sebagai juara dalam pusingan saringan minggu kedua dan tewas di tangan Rahila Rashun, ramai termasuk Rahimah sendiri memuji percubaannya memberi takrifan baru dan sentuhan segar pada Cabaran Cinta.



"Sebenarnya, banyak yang dilalui Izat sepanjang membina kerjaya sebagai penyanyi di kelab malam dan aktif secara profesional sejak 2014. Empat tahun lalu, saya jalani bedah jantung ekoran masalah injap jantung rosak. Lantaran itu, saya lebih berhati-hati kalau ingin tarik suara pada nada tinggi.



"Orang yang tidak melalui kondisi jantung ini payah memahami tatkala Izat beritahu dada terasa sakit kalau lontar suara pada nada tinggi," jelasnya membuka cerita.



Dalam pada itu, Izat juga mudah terusik pada malam itu kerana teringat anak-anak saudaranya yang merupakan kembar tiga yang meninggal satu-persatu pada 2017.



Sewaktu kejadian berlaku, Izat yang ingin mencuba nasib di Kuala Lumpur terpaksa pulang ke Singapura tatkala kakaknya menghadapi komplikasi kehamilan sehingga perlu dibedah bagi melahirkan kembar tiganya lebih awal daripada dijadualkan.



"Ibu bekerja. Abang ipar pula menjalankan tugas sebagai pramugara yang terbang ke sana sini. Kakak sulung di United Kingdom manakala kakak saya yang hamil memerlukan sokongan moral di Singapura. Maka sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai adik memberinya semangat," cerita Izat.



Sayangnya, kembar ketiga meninggal enam jam selepas dilahirkan. Yang kedua pula bertahan selama 10 minggu. Kembar sulung yang menjadi harapan bagi meneruskan perjuangan hidupnya pula meninggal 10 bulan selepas itu.



"Saya memang sukakan kanak-kanak. Apabila kembar ini meninggal, saya begitu kasihankan kakak yang berusaha menimang cahaya mata sendiri," katanya lagi.



Ujian buat Izat tidak berkesudahan. Selepas kakaknya dibenarkan pulang dari hospital, Izat pula dirawat kerana batuk kering. Kahak berdarah yang keluar dari mulutnya membuatnya bimbang.



"Mujurlah, semuanya berakhir dengan kesyukuran. Kakak pun kini mempunyai cahaya mata lelaki, Wildan, jantung hati kami yang berusia empat bulan.



"Saya anggap lagu Kak Rahimah, Cabaran Cinta, menggambarkan situasi saya yang menanti kelahiran anak saudara tetapi hampa pada waktu itu.



"Lirik yang berbunyi 'Sesegarnya keharuman cintaku tiada layu... hanya dikau yang lamaku menunggu penuh rindu... wajah dikau sayang... tetap terbayang.



"Justeru, lagu itu buat kembar tiga kakak saya. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka," tambahnya dengan nada pilu.



Izat kini dalam proses merakam 'single' Inggeris, Be Right Here, yang mengimbas semula hubungan jarak jauhnya dengan bekas kekasihnya dari Medan.



"Saya sering mencari ruang meneroka pembaharuan dalam kerjaya saya. Rambut saya yang dahulu bertoncet dipotong bagi imej baru.



"Kalau dahulu orang minta saya hanya tumpukan pada lagu Melayu, saya cuba kotakan impian lama menjana lagu Inggeris.



"Pembaharuan itu baik kalau kita ingin maju," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >