Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Jumlah keluarga hentikan bantuan sosial secara sukarela masih rendah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Jumlah keluarga hentikan bantuan sosial secara sukarela masih rendah

Aug 12, 2018 | 05:30 AM



JUMLAH keluarga yang menarik diri secara sukarela daripada bantuan sosial yang diberikan badan-badan Melayu/Islam masih rendah.



Malah, sesetengah mereka yang telah keluar daripada skim bantuan, memohon semula bantuan yang pernah diterima, kata beberapa pertubuhan Melayu/Islam.



Ini meskipun selepas beberapa pertubuhan itu menawarkan bengkel seperti program pengayaan dan memperkasa diri kepada para penerima bantuan itu.



Menurut pengurus perhubungan korporat Persatuan Taman Pengajian Islam Singapura (Pertapis), Cik Rashidah Rashid, jumlah keluarga dalam senarai menunggu untuk mendapatkan bantuan makanan kering daripada pertubuhan itu adalah sekitar 200, dengan tempoh penantian sekitar enam bulan.



Namun, jumlah penerima bantuan yang menarik diri daripada skim bantuan makanan kering yang diagihkan pertubuhan itu secara sukarela amat rendah.



"Maka setiap bulan kami akan buat penilaian ke atas senarai penerima bantuan kami.



"Kami akan hubungi mereka dan cuba dapatkan maklumat terkini kedudukan keluarga mereka.



"Jika mereka dinilai sudah mulai stabil, kami akan beritahu mereka agar mengundur diri seketika bagi memberi peluang kepada yang sedang menunggu.



"Tapi, daripada 10 yang diminta mengundur diri, sekitar lapan akan kembali memhon bantuan itu semula selepas tiga bulan kemudian," kata Cik Rashidah.



Jurucakap Angkatan Karwayan Islam (AMP) pula menganggarkan sekitar dua peratus penerima bantuan telah menarik diri daripada Skim Adopt a Family & Youth (AFYS) sepanjang tiga hingga lima tahun lalu.



Kebanyakan mereka berbuat demikian selepas mendapati keadaan kewangan mereka lebih stabil dan mereka mampu menyokong keperluan keluarga mereka.



Namun, daripada dua peratus mereka yang menarik diri daripada menerima bantuan di bawah AFYS, sekitar tiga keluarga telah kembali mendapatkan semula bantuan itu akibat perubahan mendadak situasi keluarga mereka.



"Ini termasuk kehilangan pendapatan oleh satu-satunya pencari nafkah atau masalah yang tidak dijangka seperti isu kesihatan, kematian atau penceraian," kata jurucakap itu lagi.



Semasa dihubungi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Encik Mohd Ali Mahmood, pula berkata pihaknya akan menawarkan sokongan sosial dengan harapan menerapkan dalam minda para penerima bantuan agar terus mempertingkat diri mereka demi keluarga.



Secara tidak langsung, usaha sedemikian akan juga menanamkan minda serupa dalam diri anak-anak mereka tentang pentingnya hidup tanpa bergantung terus kepada bantuan.



"Pekerja sosial kami akan bantu mereka membuat persiapan sedemikian. Ini perlu agar mereka tidak terus mengharapkan bantuan, sebaliknya mempunyai keyakinan diri dan keinginan untuk keluar daripada skim bantuan yang diterima yang biasanya untuk jangka pendek," ujarnya.



Menurutnya, pada masa ini terdapat sekitar 400 penerima bantuan pelbagai program yang diberikan PPIS di Pusat Khidmat Keluarga (FSC) pertubuhan itu yang terletak di Bukit Batok Street 31 dan di Blok 41 Chai Chee Street.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >