Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kesukaan makan warga SG dijadi ilham filem

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kesukaan makan warga SG dijadi ilham filem

Aug 10, 2018 | 07:04 PM



PEMBUAT filem setempat, Kelvin Tong, akan melancarkan kisah komedi mengenai warga Singapura dan cinta mereka terhadap makanan sempena sambutan Hari Kebangsaan ini. 



Berjudul Republic of Food, filem selama 100 minit itu akan ditayangkan untuk tontonan awam semalam dan hari ini di Chijmes dengan semua tiket telah pun ditempah.



Ia akan ditayangkan di pawagam Cathay terpilih mulai 16 Ogos pada harga tiket biasa.



Terbitan Boku Films dan disokong Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), ia dihasilkan bagi meraikan ulang tahun Singapura yang ke-53 tahun ini. 



Menjelaskan motivasinya untuk menerbitkan sebuah filem berkenaan cinta warga Singapura terhadap makanan, Tong, 45 tahun, menjawab menerusi e-mel.



Republic of Food menerokai apa maknanya untuk menjadi seorang rakyat Singapura. Adakah ia kerana warna pasport kita? Atau keupayaan kita bertutur kekata Singlish? 



“Saya fikir Singapura adalah sebuah negara di mana penduduknya gemar makan. Jadi, semasa berbicara tentang identiti kita sebagai orang Singapura, saya rasa makanan adalah tema sesuai.



“Tetapi, ia bukan sekadar tentang makan... makanan menyatukan orang, dan yang membuat kita ‘kita’ ialah bagaimana kita menjalin hubungan dengan orang lain dalam masyarakat berbilang budaya.”



Filem tersebut dibintangi pelakon Adrian Pang dan Yeo Yann Yann sebagai pasangan yang hidup dalam keadaan menyeramkan apabila hidangan kegemaran semua orang diharamkan akibat sejenis virus yang tercetus daripada makanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >