Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Kian senja, Widyawati ligat panjat pagar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ARTIS NUSANTARA

Kian senja, Widyawati ligat panjat pagar

Aug 01, 2019 | 05:30 AM



KELEMBUTAN wajah pelakon legenda Widyawati membuatkan peranan yang sering diberikan buatnya merupakan watak wanita lembut atau gadis baik budi.



Sampai kepada satu saat, balu pelakon kacak Sophan Sophiaan itu terasa bosan kerana tiadanya cabaran dalam bidang seni yang dicintai.



Namun, pada waktu beliau kini mencecah usia 69 tahun, Widyawati yang masih tampak anggun dan ayu, terasa puas hati kerana diberi kepercayaan menghidupkan watak berbeza dengan adegan yang memerah tenaga senjanya.



Beliau memberitahu laman Kapanlagi.com tentang filem terbarunya, Mahasiswi Baru, yang diterbitkan MNC Pictures dan bakal ditayangkan di pawagam serata Indonesia pada 8 Ogos ini.



Widyawati adalah Lastri, mahasiswi baru yang tidak mengenal usia bagi melanjutkan pengajiannya.



Meskipun berdepan dengan banyak cabaran, Lastri berkeras ingin melanjutkan pengajiannya.



Beliau mendapat perhatian di kampus kerana keramahan dan kesediaannya bergaul dengan anak muda yang boleh dipanggil cucu! Mereka kerap memintanya melakukan perkara aneh.



Filem arahan Monty Tiwa itu memerlukan Widyawati cergas meskipun hampir mencapai usia 70 tahun.



Katanya, yang memulakan kerjaya dalam dunia seni menerusi filem Piso Komando pada 1967:



"Tenaga fizikal lebih diperlukan bagi filem ini. Saya seronok mendapat peranan yang memerah daya tenaga saya. Saya boleh lompat pagar sekolah, loncat jendela dan buat bermacam-macam perkara aneh yang anak milenial suka lakukan. Saya juga terkena usikan kampus atau 'prank' yang melucukan.



"Dalam keadaan panas terik pula, saya perlu berlari-lari anak. Ia satu kelainan. Hairan apabila sudah tua, dapat peranan sebegini yang mencabar!



"Sepanjang kerjaya 52 tahun dalam bidang seni, saya sering mendapatkan peranan protagonis atau orang baik-baik sahaja.



"Akibatnya, banyak orang selalu kata saya ni lembut dan baik hati di dunia nyata. Alhamdulillah, saya hargai komen positif itu malah banyak belajar menjadi insan lebih baik hasil pengajaran daripada watak-watak saya itu.



"Cuma kalau sudah sering mainkan peranan sebagai gadis atau ibu yang baik, bosan pula bukan?"



Di dalam filem Mahasiswi Baru, beliau bertemankan pelakon jauh lebih muda, Mikha Tambayong, Umay Shahab dan Morgan Oey.



"Sebagai karyawan filem, pastinya menyenangkan hati kalau diberi peranan berbeza. Saya menghargai setiap peluang untuk belajar walaupun pada usia senja.



"Justeru, saya harus berani melakukan sesuatu yang baru," ujarnya yang juga berlakon dalam filem Bridezilla.



Filem Bridezilla ini mengisahkan tentang bakal pengantin dengan sindrom 'bridezilla' yang membuatkannya lebih mementingkan diri sendiri dan menghuru-harakan keadaan keluarga dan kawan yang membuat persiapan bagi majlisnya.



Widyawati menjelaskan hampir setiap babak dalam filem Mahasiswi Baru itu melibatkannya.



"Pelakon muda dalam filem ini banyak membantu saya. Saya senang menjadi teman mereka. Kita mampu berbincang apa sahaja, dari A hingga Z," kongsinya.



Dalam pada itu, kenangan Widyawati terhadap suaminya Sophan yang meninggal dunia pada 17 Mei 2008 sewaktu berusia 64 tahun tetap terpahat dalam ingatan.



Dalam lampiran pos Instagram beliau, 'Phandya' (gabungan singkatan panggilan Sophan dan Widyawati), beliau memuatnaik sketsa wajah sang suami yang dilukis sendiri.



Kata-katanya yang sayu berbunyi begini:



"Kugoreskan sketsa wajahmu di kertas putih untuk mengenang kepergianmu. Begitu cepat waktu berlalu lebih 10 tahun sudah kau bersamaNya.



"Masih begitu lekat terasa dakapan erat hangatmu pagi itu di salah satu hotel. Sambil kau kucup keningku, kau bisikkan kekata 'I love you Ma', lalu kau beranjak pergi makan pagi bersama dan melanjutkan perjalanan 'Jalur Merah Putih', gagasanmu untuk membangkitkan kembali rasa nasionalisme yang belum sempat kau selesaikan..



"Kembali menitis air mata ini mengenang saat-saat kau terbaring tak berdaya di dalam ambulans. Kau sempat menyebut 99 nama Allah walau tersendat."



Sophan yang dianggap pasangan ideal Widyawati dalam filem Pengantin Remaja pada 1971 meninggal dunia dalam satu kemalangan motosikal. Beliau terlibat dalam satu perarakan konvoi motosikal melintasi kawasan hutan Widodaren di Jawa Timur.



Beliau, yang juga ahli politik, mengikuti acara jelajah motosikal Jalur Putih Merah 2008 sebagai menyambut 100 tahun Kebangkitan Nasional.



Sophan terjatuh daripada motosikal Harley-Davidson dan termasuk ke dalam lubang, menyebabkan kakinya patah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >