Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Konsert Anuar Zain Oktober Ini

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Konsert Anuar Zain Oktober Ini

Jul 28, 2018 | 02:16 PM

Rindu ramai terhadap penyanyi bersuara merdu, Anuar Zain, bakal terubat dengan konsertnya bakal diadakan pada 26 Oktober ini di Teater The Star@Pusat Seni Pementasan The Star.

Artis Lelaki Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2017 itu terkenal dengan persembahan penuh karisma dan lantunan suaranya yang merdu bak buluh perindu.

Lagu 'hit' seperti Lelaki Ini, Sedetik Lebih, Bila Resah dan Sempurnakan Aku dijangka akan membuai jiwa ramai dalam konsert yang dibawakan oleh Hype Records.

Dalam satu kenyataannya, Hype mendedahkan bahawa pihaknya berbesar hati dapat membawa penghibur serantau yang luar biasa seperti Anuar, 48 tahun, dek kepopularan dan daya kreatifnya yang kekal bertahan selama lebih tiga dekad.

Awalnya, Anuar yang nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain, dikenali sebagai penyanyi cilik yang popular dengan lagu duet bersama Elina, Kain Pelekat dan Suasana Hari Raya.

Pelbagai anugerah telah pun dimenanginya dek vokal menakjubkan yang menempatkan anak kedua dalam keluarga lima beradik ini sebagai antara penyanyi lelaki liga atas yang terhandal di rantau Asia.

Daya tarikannya juga terletak pada personalitinya yang ramah dan mesra dengan setiap peminat yang tampil bergambar dengannya.

Kali terakhir Anuar mengadakan konsert di Singapura adalah 2015. Beliau kini kembali dengan karya baru.

Kata Anuar:

"The Star Theatre menyimpan nostalgia sendiri buat saya sebagai penyanyi. Apabila kembali diberi peluang, ia mengimbau semula kenangan ketika kali pertma menghiburkan peminat di pentas yang sama.

"Kepercayaan yang diberikan ini membuatkan saya teruja malah semakin bersemangat agar terus mempamerkan persembahan terbaik buat peminat di Singapura."

Konsert akan berlangsung selama 90 minit dengan sekitar 15 lagu disampaikan. Beliau juga akan menghadiahkan peminat di Singapura dengan kesinambungan video muzik lagu Cinta Takkan Berakhir.

Tiket $228, $188, $158, $128 dan $98 (tidak termasuk yuran tempahan Sistic) bagi Konsert Anuar Zain Cinta Takkan Berakhir Live In Singapore 2018 mula dijual di laman, kaunter dan talian Sistic mulai Jumaat, 3 Ogos ini.

Lungsuri www.sistic.com.sg atau hubungi 6348-5555 bagi tempahan tiket.

Keterangan lanjut boleh diperolehi menerusi laman www.hyperecords.com dan https://www.facebook.com/HypeRecords.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3