Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Konsert Suatu Masa M. Nasir kumpul $200,000 untuk Dana Amanah Pendidikan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Konsert Suatu Masa M. Nasir kumpul $200,000 untuk Dana Amanah Pendidikan

Jul 05, 2018 | 07:30 PM



SEJUMLAH $200,000 telah dikumpulkan sempena konsert Suatu Masa M.Nasir dan akan didermakan kepada Dana Amanah Pendidikan (ETF) kata Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Pengumpulan Dana ETF, Encik Sallim Kadir,



Beliau membuat pengumuman itu di sidang media konsert itu yang diadakan di MES Theatre di Mediacorp pada 5 Julai.



Wang itu dikumpulkan sebahagiannya daripada hasil penjualan tiket konsert M. Nasir  serta derma daripada syarikat korporat dan institusi Melayu/Islam Singapura. 



Antara mereka yang telah menderma kepada ETF ialah SSA Consulting Group, Maybank Singapore, PAP Community Foundation cawangan Keat Hong, Majlis Ugama Islam Singapura dan Waress Investments Pte Ltd.



"Kami sangat berbesar hati dapat sokongan daripada M. Nasir dan Mediacorp supaya dapat menolong mengumpul dana ETF untuk membantu para Muslim yang kurang bernasib baik di Singapura. Dana ini sangat mustahak sebab kami dapat memberi kanak-kanak ini beli buku-buku dan alat tulisan untuk ke sekolah. Kami sangat berterima kasih kepada masyarakat Singapura yang menyokong konsert ini," kata Encik Sallim. 



Selain itu, dua penerima Anugerah Harapan belia Goh Chok Tong oleh Yayasan Mendaki, Syafiqah Adha dan Riduan Zalani akan membuat persembahan di konsert yang berlangsung di MES Theatre esok (6 Julai).



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >