Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Lebih 250 orang di seluruh dunia maut semasa ambil swafoto sejak 2011

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lebih 250 orang di seluruh dunia maut semasa ambil swafoto sejak 2011

Oct 04, 2018 | 09:10 PM



NEW DELHI: Sekiranya anda terfikir untuk berdiri di kawasan berbukit dan curam atau di air terjun untuk mengambil gambar swafoto dengan latar belakang yang menarik, fikir dua kali dahulu dan berhati-hati.



Lebih 250 orang di serata dunia terkorban semasa mengambil swafoto sejak 2011, menurut satu kajian baru yang dijalankan penyelidik yang mempunyai kaitan dengan Institut Sains Perubatan All India yang berpangkalan di New Delhi.



Kajian yang menganalisa laporan berita 259 kematian berkaitan swafoto antara Oktober 2011 dengan November 2017 itu diterbitkan dalam edisi Julai-Ogos Jurnal Perubatan Keluarga dan Jagaan Asas, menurut The Washington Post.



Penyelidik mendapati bahawa punca utama kematian berkaitan swafoto adalah kejadian lemas, disusuli dengan kemalangan melibatkan pengangkutan dan jatuh dari tempat yang tinggi.



Penulis utama kajian itu, Dr Agam Bansal, berkata perbuatan mengambil swafoto tidak berbahaya tetapi ia menjadi berbahaya apabila orang ramai mengambil risiko untuk cuba mendapatkan gambar yang terbaik.



Tambahnya, beliau juga prihatin tentang jumlah kematian berhubung swafoto yang melibatkan orang muda.



Lebih 85 peratus mangsa berusia antara 10 dengan 30 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >