Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lebih yakin diri sejak ikut jejak ayah dalam peragaan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lebih yakin diri sejak ikut jejak ayah dalam peragaan

Apr 14, 2019 | 05:30 AM



BAK kata peribahasa Melayu, bapa borek, anak rintik.



Jika si ayah, Encik Adam Rashid, 37 tahun, meraih tempat ketiga dalam Manhunt International 2006, anak sulungnya, Zafer, lapan tahun, adalah juara peraduan Little Manhunt International 2019 baru-baru ini.



Kejayaan itu amat menggalakkan kerana Zafer, murid Sekolah St Stephen's, dilihat semakin yakin berada di khalayak ramai.



Dengan mahkota yang diraih dalam peraduan anjuran ERM Singapore Marketing, si kecil ini juga berpeluang ke Dallas, Amerika Syarikat, bagi peraduan di peringkat antarabangsa.



Ketika ditemui di pejabat Berita Minggu, Encik Adam, seorang pereka fesyen dan model, berkata:



"Segalanya berlaku secara tidak diduga. Sewaktu saya ke Bandung bagi satu acara peragaan pakaian, Zafer lihat saya di pentas 'catwalk'. Mungkin dari situ, dia menanam minat menjadi model cilik.



"Saya dan isteri pula ingin memperkasa keyakinan dirinya agar dia dapat atasi rasa takut berada di pentas. Zafer memilih kegiatan bahas dan bukan sukan atau sains komputer sebagai aktiviti luar darjah.



"Rasanya, pendedahan awal pada bidang peragaan dan peraduan yang menanam keyakinan diri dalam pertuturan ini baik buat masa depannya."



Menurut Adam lagi, beliau menggunakan pengalaman lamanya dalam peraduan Manhunt bagi melatih anaknya agar tangkas berfikir dan spontan menjawab soalan yang diajukan di medan pertandingan.



"Berfikir cepat dan jangan letakkan sebarang jangkaan kerana apa-apa sahaja boleh berlaku merupakan antara nasihat saya.



"Memandang mata orang khususnya pengadil adalah perlu sebagai satu unsur komunikasi. Saya ingin melihatnya menjadi seorang anak yang yakin pada kebolehannya sendiri dan tidak takut berinteraksi dengan orang ramai.



"Bukan kemenangan yang harus dijadikan matlamat dalam menyertai peraduan. Sebaliknya, hubungan silaturahim dengan peserta lain boleh dijalinkan," tambah Encik Adam.



Zafer pula merasakan bahang saingan sengit dalam peraduan ini yang memerlukannya fasih dan lancar menjawab soalan yang diberi.



Katanya, yang gemar menonton rancangan dokumentari dan pendidikan buat kanak-kanak menerusi telefon bijak:



"Saya perlu tenang di pentas, yakin dan faham apa yang ditanya."



Selepas kemenangannya, ada juga teman Encik Adam dalam bidang peragaan yang berminat mengambil Zafer sebagai model cilik.



"Mereka nampak gambarnya dan bertanyakan tentang kesediaan kami membenarkannya melalui proses uji bakat.



"Kami sedang menilainya asal sahaja dia berminat mencubanya. Tapi nampaknya, dia sudah mula berminat menjadi model dan pandai juga menari sambil menghafal gerak-gerinya apabila menonton televisyen," jelas Encik Adam lagi tentang anaknya yang pernah muncul dalam halaman pertama majalah Zuriat sewaktu berusia dua tahun.




"Saya dan isteri pula ingin memperkasa keyakinan dirinya agar dia dapat atasi rasa takut berada di pentas. Zafer memilih kegiatan bahas dan bukan sukan atau sains komputer sebagai aktiviti luar darjah.



"Rasanya, pendedahan awal pada bidang peragaan dan peraduan yang menanam keyakinan diri dalam pertuturan ini baik buat masa depannya."
- Encik Adam Rashid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >