Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Ohh... Keliru pandanganku

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Ohh... Keliru pandanganku

Sentosa Broadwalk tawar tarikan baru tampilkan 80 lukisan dan gambar tiga dimensi
Jun 09, 2014 | 06:00 AM

ANNYEONG Haseyo! Galeri seni tiga dimensi yang dinanti-nantikan - Trick Eye Museum - telah membuka pintunya di Resort World Sentosa Waterfront semalam.

Kegiatan menyeronokkan untuk seisi keluarga menanti pengunjung pada hari pembukaan itu.

Sebagai cawangan pertama di luar negara bagi galeri dari Korea Selatan itu, muzium tersebut menampilkan 80 lukisan dan gambar yang boleh mengelirukan pandangan.

Lebih 50 lukisan telah dibuat khusus dan disesuaikan untuk galeri di Singapura itu.

Ini termasuk lukisan asli seperti Merlion Boat, Akuarium Terbalik dan Lumba Kuda.

Satu arca kanak-kanak yang besar juga akan menyambut pengunjung ke muzium tersebut - kali pertama ia dipamerkan.

Tarikan terbaru itu mudah ditemui dari Sentosa Boardwalk, yang terletak beberapa minit dari pintu masuk ke resort bersepadu tersebut.

Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 9 malam, para pengunjung diajak melalui tiga zon bertema, masing-masing berjudul ''World of Masterpieces, Safari Kingdom, Stars of Circus, Dreams of Fairytale, Love in Winter,'' dan ''Adventure Discovery.''

Selain hasil-hasil seni asli, muzium itu juga akan menjadi tuan rumah pada bahan-bahan seni yang popular yang meniru lukisan-lukisan di galeri di Korea Selatan, antaranya ''Angel's Wings, Moon over the Sky'' dan ''Human Cannonball.''

''Kami ghairah meluaskan jangkauan kami ke Singapura dan adalah satu penghormatan untuk dapat bekerjasama dengan Resorts World Sentosa dalam projek yang dinanti- nantikan ini,'' kata Kurator Trick Eye Muzium, Cik Sujin Oh.

Beliau menambah: ''Kami menanti-nanti berkongsi hasil-hasil seni ini yang berlandaskan pada 'Trompe-l'oeil'.

''Kami akan berasa puas jika kelihatan pada wajah orang ramai rasa kekaguman atau kehairanan.

''Trick Eye Museium adalah tambahan yang tepat sekali pada tarikan untuk sekeluarga di resort tersebut.''

Naib Presiden Eksekutif Operasi Resort di Resorts World Sentosa, Encik Goh Chye Boon, pula berkata:

''Memetik gambar adalah salah satu daripada kegiatan yang wajib bagi pengunjung ke resort kami dan Trick Eye Museum menyediakan peluang terbaik.''

Untuk menambah lagi tarikan Trick Eye Museum, lebih banyak restoran dan kedai runcit bertemakan Korea akan dibuka di Resort's Waterfront, mewujudkan satu kelompok Korea.

Antaranya yang bakal dibuka pada suku ketiga tahun ini ialah Bandar Korea Insadong.

Ia akan menampilkan konsep pasar seperti di Korea dengan menawarkan pelbagai makanan asli Korea, makanan jalanan selain perhiasan, kosmetik dan eksesori buatan tangan Korea.

Tiket masuk ke Trick Eye Museum ialah $25 untuk dewasa dan $20 untuk kanak-kanak/warga emas.

Pakej untuk ke pelbagai tarikan juga ditawarkan. Orang ramai boleh memberli tiket di talian di www.trickeye.com/singapore atau www.rwsentosa. com.

Museum Trick Eye dibuka pada 2010, mempamerkan pameran seni 3 dimensi. Ia teletak di tengah- tengah hab seni bandar Seoul, Korea Selatan - Hongdae - di mana pelbagai acara budaya yang popular menarik penggemar seni remaja.

Semua hasil seni di situ mewujudkan ilusi yang membolehkan pengunjung seolah-olah melihat objek atau pemandangan dalam bentuk tiga dimensi.

Menampilkan hasil seni dan arca dua dan tiga dimensi, kerja-kerja seni tersebut dihasilkan khusus untuk fotografi. Akibatnya, corak seni yang radikal ini, yang memerlukan penyertaan aktif para penonton, menjadi tarikan pelancong.

Trick Eye Museum menjadi salah satu destinasi pelancong yang mesti dilawati di Korea.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3