Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Ratu cantik pikat hati Hans Isaac

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ratu cantik pikat hati Hans Isaac

Mar 02, 2017 | 05:30 AM



SELEBRITI tampan Datuk Hans Isaac, bakal mengucapkan selamat tinggal kepada zaman bujangnya pada 29 Julai ini.



Jelitawan yang bertakhta di hatinya merupakan bekas Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2011, Aileen Gabriella Robinson.



Pasangan ini telah bertunang pada 29 Januari lalu di Cathedral of the Good Shepherd di Singapura.



Teka-teki yang disimpan rapi Hans, 46 tahun, mengenai bakal isterinya itu akhirnya terjawab di satu sidang media khas di Hotel The Majestic kelmarin. Hans hadir bersama Gabriella, 28 tahun.



Hans menjelaskan kepada laman mStar Online bahawa perkenalan beliau dengan Gabriella bermula ketika beliau diundang menjadi pengadil pertandingan Miss Universe Malaysia 2012 yang turut disertai Gabriella.



Mereka hanya berkenalan secara serius sekitar setahun yang lalu.



Bagaimanapun, pertemuan pertama itu bukanlah satu pengalaman yang manis buat Gabriella kerana beliau teruk dikritik Hans dengan komen pedas.



"Saya pernah buat beliau menangis kerana memberikan komen pedas. Gabriella berikan gambar yang diambil bersama seekor burung kakak tua. Saya beritahu kepadanya bahawa burung itu lebih menyerlah berbanding dirinya!" ujar Hans, diiringi derai tawa Gabriella.



Namun, apabila cinta sudah hadir di hati masing-masing, Hans menyedari wanita inilah yang dapat mengisi kekosongan hatinya meskipun jodohnya sampai terlewat pada usia 40-an tahun. Sebelum ini, beliau pernah dikaitkan bercinta dengan Ella, Elaine Daily, Erra Fazira dan Neelofa.



Gabriella yang pernah menjayakan siri drama popular Oh My English pula tertarik pada sikap bertanggungjawab Hans kepada keluarga.



"Soal umurnya tak jadi isu bagi saya. Saya banyak belajar daripadanya terutama untuk jadi lebih bertanggungjawab dan positif," ujar pengacara majlis itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >