Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Gaya Hidup

Selebriti jelek

Bergelar bintang tetapi tidak 'kebal' daripada hukuman gara-gara langgar undang-undang
Jan 05, 2020 | 05:30 AM

TAHUN lepas, beberapa selebriti terkemuka dijatuhi hukuman disebabkan salah laku mereka.

Mari imbas kembali detik-detik mengejutkan itu.

1. Tekashi 6ix9ine

Jenayah: Panjang senarainya - termasuk memiliki senjata api, bergaduh dan terbabit dalam kes pembunuhan - bermakna rapper berusia 23 tahun boleh meringkuk dalam penjara selama 47 tahun! Dia bagaimanapun dipuji hakim kerana setuju bekerjasama dengan polis dan memberikan keterangan membabitkan kes dua bekas anggota kumpulan samseng 'Nine Trey Gangsta Bloods'.

Hukuman: Pada 17 Disember lalu, dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun.

2. A$AP Rocky

Jenayah: Peguamnya mengatakan bahawa Rocky dan krunya diganggu dua lelaki selepas persembahannya di Stockholm pada 30 Jun lalu.

Satu pergaduhan tercetus dengan Rocky, 31 tahun, 'dibela' oleh Presiden Donald Trump, yang menggesa agar rapper itu dibebaskan.

Hukuman: Hakim mendapatinya bersalah dalam insiden pergaduhannya dan menjatuhkan hukuman dua tahun yang 'tergantung'.

3. Felecity Huffman

Jenayah: Bintang Desperate Housewives inginkan anak-anaknya memasuki sekolah elit - lantas, dia 'menderma' AS$15,000 ($20,300) kepada sebuah badan amal dengan harapan ada insan di luar sana yang akan menaikkan markah peperiksaan anak perempuannya.

Hukuman: Huffman, 57 tahun, dijatuhi hukuman penjara 14 hari di penjara California pada 13 September di mana hukuman tersebut dikuatkuasakan pada 15 Oktober. Dia dibebaskan 11 hari kemudian.

Dia juga disaman AS$30,000 dan dikehendaki melakukan kerja khidmat masyarakat selama 250 jam.

4. Lori Loughlin

Jenayah: Pelakon Full House ini dan suaminya, Mossimo Giannulli, dikatakan telah bersubahat dalam sebuah skandal dengan membayar AS$500,000 untuk memasukkan dua anak perempuan mereka ke Universiti California Selatan.

Loughlin, 55 tahun, juga mengatakan anak-anaknya itu merupakan ahli sukan walhal, mereka tidak bersukan pun.

Hukuman: Pasukan perundungan Loughlin dijangka kembali ke mahkamah pada 17 Januari untuk perbicaraan. Loughlin dan suaminya boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 45 tahun.

Crown Media Family Networks, yang merangkumi Hallmark Channel dan Hallmark Movies & Mysteries pula enggan meneruskan hubungan mereka.

5. R. Kelly

Jenayah: Sejak penyanyi R&B ini memulakan kerjayanya dalam industri hiburan pada era 1990-an, namanya sering dikaitkan dengan aktiviti seksual, terutama sekali minatnya pada remaja wanita.

Pada 1994, R. Kelly, yang pada itu berusia 27 tahun, mengahwini penyanyi Aaliyah.

Beberapa laporan mengatakan dia telah memberi rasuah kepada seorang pegawai untuk mengesahkan perkahwinan mereka dengan menukar usia Aaliyah daripada 15 tahun kepada 18 tahun pada sijil perkahwinan mereka.

Perkahwinan tersebut dibubarkan pada Februari 1995.

Hukuman: R. Kelly, 52 tahun, ditahan di pusat pemulihan Chicago dan menghadapi tuduhan jenayah di tiga wilayah. Pada Oktober, hakim memerintahnya menghadiri perbicaraan atas tuduhan mengadakan hubungan seks dengan wanita dan perempuan bawah umur selain mendera mereka.

6. Jung Joon-Young

Jenayah: Penyanyi K-pop berusia 30 tahun ini didapati menggunakan sebuah wadah sosial untuk mengongsi video wanita yang sedang melakukan adegan seks, tanpa pengetahuan mereka.

Dia dan beberapa lagi yang bersubahat juga dituduh merogol seorang wanita secara berkumpulan pada Januari dan Mac 2016.

Hukuman: Pada 29 November, dia dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun dan dikehendaki menjalani sesi kaunseling berkaitan keganasan seksual selama 80 jam.

7. Harvey Weinstein

Jenayah: Penerbit Hollywood yang berpengaruh ini dituduh melakukan kesalahan seksual oleh ramai wanita, termasuk bintang seperti Gwyneth Paltrow dan Kate Beckinsale.

Hukuman: Weinstein, 67 tahun, dijadualkan tampil di mahkamah pada 6 Januari ini di New York atas tuduhan memperkosa seorang wanita di bilik hotel Manhattan pada 2013 dan kesalahan seksual seks pada wanita yang berbeza pada 2006.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian