ANDA seorang bapa yang terkesan dengan 'jurang' hubungan antara anda dan anak remaja?
Ingin membina hubungan lebih kukuh dengan mereka, tetapi kurang tahu caranya?
Seminar Kebapaan anjuran Angkatan Karyawan Islam (AMP) dan Centre for Fathering (CFF) dapat membantu anda.
Seminar tersebut mengetengahkan pakar keluarga dan golongan bapa yang dapat berkongsi panduan bagi memperkasa bapa dengan kemahiran membina hubungan utuh lagi berkekalan dengan anak remaja mereka.
Disokong Berita Harian/Berita Minggu, seminar itu akan berlangsung pada Ahad, 4 September ini, dan mengetengahkan penceramah utama, pakar motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzillah Kamsah.
Selain beliau, Encik Shafie Shamsuddin, Pengarah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Carrefour Indonesia, akan berkongsi cabaran dan petua mendekati dua anak remajanya berusia 13 dan 17 tahun.
Personaliti televisyen terkenal dan bapa tiga anak, Encik Sujimy Mohd, pula melengkapi panel penceramah seminar tersebut.
Mengulas usaha menganjurkan seminar itu, Ketua Pegawai Eksekutif CFF, Encik Peter Quek, berkata:
"Menerusi usaha kami mendekati golongan bapa, kami dapati bahawa ketiadaan bapa adalah sesuatu yang amat ketara dalam hubungan antara remaja dan bapa mereka.
"Antara sebab yang lazim kami dengar ialah kurang pengetahuan oleh golongan bapa dalam menjadi bapa kepada seorang anak remaja, rasa hilang kawalan terhadap anak remaja mereka atau tanggapan bahawa peranan keibubapaan adalah tanggung jawab si ibu semata-mata," ujar beliau.
Justeru, Encik Quek menambah, seminar kebapaan itu bertujuan menangani isu-isu tersebut.
"Menerusi pelbagai program yang ditawarkan, di samping panduan daripada penceramah bertauliah yang telah membesarkan anak remaja dengan berjaya, kami harap bapa akan diperkasa dan dilengkapi agar lebih melibatkan diri dalam kehidupan anak remaja mereka," katanya.
Seminar Kebapaan akan diadakan di Chengal Room di Hotel Crowne Plaza Changi Airport.
Tiket berharga $30 boleh didapatkan di menerusi laman https://www.beritaharian.sg/bapasepanjanghayat.
Orang ramai boleh 'Like' laman Facebook AMP di facebook.com/AMP.Singapore bagi mendapatkan maklumat terkini.
SEMINAR KEBAPAAN
Bila: Ahad, 4 September
Masa: 9 pagi hingga 1 petang
Tempat: Chengal Room, Hotel Crowne Plaza Changi Airport
Anjuran: Angkatan Karyawan Islam (AMP) dan Centre for Fathering (CFF).
Disokong Berita Harian.
Tiket: $30 setiap seorang (tidak termasuk GST)
Cara beli tiket:
Menerusi laman https://www.beritaharian.sg/bapasepanjanghayat
Maklumat lanjut boleh didapatkan dengan 'Like' laman Facebook AMP di facebook.com/AMP.Singapore atau hubungi talian 6319-5601.