Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Shila gondol tiga anugerah muzik di China

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Shila gondol tiga anugerah muzik di China

Dec 13, 2016 | 05:30 AM



PENCIPTA dan pelantun lagu hit Selamanya Cinta daripada runut bunyi drama 'berhantu' Suri Hati Mr Pilot, Shila Amzah, mungkin tewas dengan Ayda Jebat bagi merebut Anugerah Personaliti Muzik Melodi dalam Anugerah Melodi Sabtu lalu.



Bagaimanapun, rezeki penghibur manis yang sudah menyerantau ke China dan Hongkong dengan lagu Cina itu tetap ada dan melimpah-ruah dengan kejayaannya merebut tiga piala dalam satu majlis Anugerah Muzik Guangzhou, Music Pioneer Awards, yang berlangsung di Stadium Guangzhou Tianhe pada hari yang sama.



Penilaian dibuat berdasarkan carta 24 stesen radio utama sekitar China, Hongkong dan Taiwan serta undian pendengar.



Shila, 26 tahun, anak sulung penyanyi dan pelakon era 1980-an, ND Lala, merangkul Anugerah Penyanyi Wanita Terbaik (Hongkong/Taiwan), Anugerah 10 Lagu Terbaik (Hongkong/Taiwan) dan Lima Artis Wanita Paling Popular dan Terbaik.



Mencatat rasa syukurnya di laman Instagram yang melampirkan foto dirinya menggenggam sambil mengucup tiga piala kemenangan itu, Shila menulis:



"Alhamdulillah di atas penganugerahan ini yang menutup tirai 2016.



"Terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga saya, pasukan pengurusan saya di Hongkong dan Kuala Lumpur, Shilala HK Pte Ltd, semua peminat kerana menyokong dan mengundi saya, deejay kerana memutarkan lagu saya dan pihak media. Semoga tahun depan lebih baik lagi.



"Mana-mana ada rezeki, di situlah kita pergi dan mencari. Terima kasih juga kepada Shilalas Malaysia yang susah payah mengundi bagi Anugerah Melodi. Tak apa tak ada rezeki tahun ini. Tetapi saya tetap sayangi anda sama sahaja."



Shila turut mengucapkan terima kasih kepada program Melodi di saluran TV3, Malaysia, kerana mencalonkan dirinya dan meminta maaf kerana tidak dapat menghadiri majlis gilang-gemilang di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, itu.



Lampiran pos Shila itu menarik perhatian 26,143 pengguna Instagram yang menyukai foto dan catatan itu. Ia juga menarik lebih 450 komen ucap tahniah.



Antara yang memberikan ucap tahniah termasuk rakan seperjuangannya dalam album 'meletup' 3 Suara, Ning Baizura.



"Kejayaan tidak mengubah Shila! Saya bersyukur. Tahniah sayang. Alhamdulillah," tulis Ning.



Sungguhpun begitu, beberapa komen juga mempersoal mengapa Shila tewas di tangan Ayda Jebat dalam kategori Personaliti Muzik Melodi bagi Anugerah Melodi sedangkan beliau sudah ada nama pada peringkat antarabangsa bahkan menembusi pasaran China, Hongkong dan Taiwan.



"Shila juara Asian Wave dan sudah mencipta nama pada peringkat antarabangsa. Ayda Jebat belum ada apa-apa lagi sehebat itu. Tapi tak apalah Shila. Kalau di Malaysia tidak dihargai, orang luar lagi mampu lihat bakat awak," ujar seorang pengguna Instagram.



Disebabkan pencapaiannya itu, Shila menerima Anugerah Pencapaian Eksport Cemerlang pemberian Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) kerana mempromosikan Malaysia di pentas antarabangsa.



Beliau juga merupakan Duta Pelancongan Malaysia yang berperanan menguar-uarkan keindahan Malaysia lantas menambah jumlah pelancong China ke Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >