Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Usaha menggalak wanita memberi susu ibu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Usaha menggalak wanita memberi susu ibu

Hospital di Singapura dapat pengiktirafan dalam usaha menyokong kaum ibu yang hadapi cabaran menyusukan bayi
Oct 28, 2019 | 05:30 AM



LEBIH banyak hospital kini menyertai skim menyusukan anak sendiri dan mahu membantu ibu baru berbuat demikian secepat mungkin.



Sokongan awal penting kerana langkah menyusukan anak mungkin sukar pada mulanya dan cabaran yang dihadapi dalam tempoh beberapa hari atau minggu pertama mungkin menyebabkan sesetengah kaum ibu berhenti berbuat demikian.



Baru-baru ini, Hospital Gleneagles, East Parkway dan Raffles menerima pensijilan Inisiatif Hospital Mesra Bayi (BFHI) daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana mengadakan langkah yang bertujuan membantu ibu menyusukan bayi mereka.



Langkah-langkah itu termasuk membantu kaum ibu memulakan penyusuan secepat mungkin selepas melahirkan dan tidak menyediakan bayi baru lahir yang disusukan dengan makanan atau cecair selain susu ibu, kecuali terdapat arahan perubatan.



Setakat ini lapan hospital di sini mempunyai pensijilan serupa - yang lain adalah Hospital Mount Elizabeth Novena dan Mount Elizabeth Orchard serta Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), Hospital Universiti Nasional (NUH) dan Hospital Besar Singapura (SGH).



Hospital Mount Alvernia dan Thomson Medical merancang memohon pensijilan itu tahun depan. Thomson Medical telah mula melaksanakan inisiatif, seperti mengadakan kelas memberi susu ibu percuma untuk semua ibu, kata seorang jurucakap kepada The Straits Times.



"Menjadi seorang ibu suatu tugas mencabar dan tanggapan bahawa memberi susu ibu mudah adalah tidak benar. Dalam sesetengah kes, ibu-ibu mungkin berhenti berbuat demikian apabila berdepan cabaran," kata Cik Cynthia Pang, perunding kanan berkaitan penyusuan dan penolong pengarah kejururawatan di KKH.



Perunding laktasi terkenal, Cik Wong Boh Boi, berkata satu kajian yang dijalankannya dan diterbitkan dua tahun lalu menunjukkan bahawa ibu-ibu yang berhenti menyusukan bayi mereka pada bulan pertama berbuat demikian kerana tiga sebab.



Yang pertama, bekalan susu yang sedikit.



Sebab lain adalah kesakitan dan buah dada yang membengkak serta kurang pengetahuan mengenai cara menyusukan dengan baik, kata beliau, pengasas ParentCraft by Dr Wong Boh Boi.



Menurut Dr Wong, sesetengah maklumat dalam talian pula menggambarkan seolah-olah memberi susu ibu kepada bayi adalah mudah.



"Saya pernah ternampak gambar ibu-ibu meletakkan tangan mereka di atas kepala bayi semasa mereka menyusukan. Bagaimana bayi itu dapat menyusu dengan baik jika kepalanya ditolak ke depan," kata beliau.



Pendidik JoBeth Pan berkata aspek paling mencabar adalah apabila ibu-ibu menyedari bahawa bayi yang diberi susu badan perlu menyusu lebih kerap melebihi setiap tiga jam.



"Kita sentiasa diingatkan bahawa kita tidak boleh membiarkan bayi tidur lebih dari tiga jam dan mengejutkan bayi untuk disusukan.



"Tetapi tidak ada orang memberitahu kita bahawa ada bayi yang mahu menyusu setiap setengah jam atau ada kalanya selama satu jam," ujar beliau.



Cik Pan, yang menyusukan anak perempuan pertamanya selama tiga tahun dan masih menyusukan anak perempuan keduanya yang bakal mencecah usia dua tahun bulan depan, menambah, sokongan keluarga sangat penting.



Beliau bernasib baik mempunyai ibu yang sangat menyokong dan pernah menyusukan kesemua anaknya.



Menurut beliau lagi, ibu-ibu yang tidak mendapat sokongan di rumah akan cepat berputus asa dan berhenti menyusukan bayi mereka.



Bersetuju dengan pandangan itu, Cik Pang daripada KKH juga berkata cara menyusu yang betul dan langkah sokongan tambahan adalah penting untuk memastikan ibu-ibu mempunyai bekalan susu yang cukup.



"Ini akan mengurangkan masalah seperti rasa pedih pada puting dan pembengkakan, sekali gus mengurangkan risiko menghentikan penyusuan," katanya.



Beliau menambah bahawa ada sesetengah ibu yang terbiasa dengan kesakitan serupa, yang berpunca daripada bayi tidak menghisap dengan betul. Akibatnya, mereka menangguh meminta bantuan.



Ibu-ibu yang mendapati bayi mereka menghadapi kesukaran menyusu dengan betul atau tidak mempunyai bekalan susu yang mencukupi perlu mendapatkan bantuan daripada pakar laktasi secepat mungkin, kata Cik Pang.



"Ibu-ibu boleh berusaha ke arah menyusukan bayi mereka secara sepenuh masa dan mengurangkan pemberian susu formula.



"Bagaimanapun, usaha serupa mungkin mengambil masa beberapa minggu. Oleh itu, mereka perlu bersabar dan tabah," tambah beliau.



Pengurus kanan jururawat Hospital Mount Elizabeth, Cik Pua Siew Keing, berkata penyusuan biasanya sukar pada peringkat awal. Namun, dengan sokongan dan bimbingan, ia akan menjadi lebih mudah selepas minggu kedua.



"Inilah sebabnya mengapa pendidikan sebelum kehamilan penting, bagi memastikan ibu bapa bersedia secara psikologi untuk menjalankan tanggungjawab ini," katanya.



Tetapi menurut Cik Pang, ibu-ibu hari ini kelihatan lebih bersedia.



"Kita melihat lebih ramai ibu meminta nasihat daripada pakar penyusuan selain sokongan jururawat terlatih di wad selepas bersalin," kata beliau.



Pakar penyusuan Hospital Raffles, Cik Cruz Helen Espina, berkata jika dulu ramai ibu teragak-agak meletakkan katil bayi dekat dengan katil mereka 24 jam sehari, perkara itu sudah berubah hari ini.



"Kami menasihatkan mereka bahawa meletakkan katil bayi dekat dengan katil mereka adalah pilihan terbaik kerana mereka dapat memberikan layanan segera kepada bayi mereka. Mereka juga berasa lebih relaks apabila bayi mereka ada bersama," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >