Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Visi novelis 'Wiro Sableng' tercapai

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Visi novelis 'Wiro Sableng' tercapai

Oct 11, 2018 | 05:30 AM



KE mana-mana penulis novel Bastian Tito pergi, beliau pasti membawa alat perakam kaset.



Tujuannya adalah merakam semula bunyi sekitaran yang kemudian boleh diselitkan sebagai bahan atau inti novelnya.



Bastian, yang meninggal dunia pada 2 Januari 2006 pada usia 60 tahun, disifatkan sebagai penulis yang gemar menyajikan kisah berteraskan seni silat buat tatapan masyarakat umum.



Wiro Sableng merupakan siri novelnya yang popular selain Kupu-Kupu Giok Ngarai Sianok dan Boma Si Pendekar Cilik.



Beliau juga kaya unsur humor - sesuatu yang disenangi malah sering disisipkan dalam karyanya yang dihasilkan seawal usia belasan tahun.



Lulusan sarjana pentadbiran perniagaan itu juga pernah bekerja sebagai pegawai pembelian di perusahaan swasta.



Namun, cinta ayah lima anak itu kepada dunia penulisan membuatkannya tidak putus mengembangkan idea bagi novel Wiro Sableng yang begitu popular pada 1960- dan 1970-an.



Laman Historia berkata bahawa pencinta permainan catur itu pernah menyatakan impian mahu anak bongsunya Vino G. Bastian membawa watak Wiro Sableng.



Ternyata, impian itu menjadi kenyataan, dengan Vino dipilih menggalas amanah besar sebagai perwira yang cekal tetapi bersahaja dalam setiap misi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >