Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

2 bedak asas pilihan Fatimah Mohsin

Aug 16, 2023 | 05:30 AM



Jurudandan ikonik Singapura, Cik Fatimah Mohsin, mempunyai dua pilihan penggunaan bedak asas atau foundation, dan menggunakannya bergantung kepada kesesuaian acara.


Jika beliau menghadiri acara-acara rasmi yang memerlukan beliau bergaya rapi, beliau menggunakan foundation daripada Huda Beauty #FauxFilter Luminous Matte Liquid Foundation, produk yang diasaskan Huda Khattan dari Amerika Syarikat yang dilancarkan di Dubai.


Di toko kecantikan Sephora, sebotol 35 ml produk itu dijual pada harga $66. Bahkan untuk mendandan pengantin dan artis pun, beliau menggunakan jenama Huda Beauty.

“Saya sukakan foundation daripada Huda Beauty kerana ia mempunyai pilihan tona yang banyak sekitar 30 pilihan. Harganya agak mahal tetapi ia mampu menutupi segala cela kulit, menjadikan kulit wajah kita bersih, rapi dan berseri, dan ia bertahan lama,” kata Cik Fatimah.


Namun beliau memilih jenama yang lebih murah keluaran Maybelline jika hanya melakukan kegiatan harian seperti bersiar-siar dan membeli-belah. Harga foundation Maybelline adalah sekitar belasan dolar Singapura.


“Kalau perlu banyak berpeluh di luar rumah, tak perlu pakai foundation yang mahal-mahal. Yang penting kita kena ada penjagaan kulit asas seperti menggunakan krim pelembap, primer dan sunscreen. Dengan penjagaan kulit yang baik, tak pakai foundation pun tak apa,” kata Cik Fatimah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >