Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2024 tahun paling panas dalam rekod Jepun

Jan 7, 2025 | 3:21 PM
Musim gugur di Yokohama, Jepun pada Disember 2024.
Musim gugur di Yokohama, Jepun pada Disember 2024. - Foto AFP

TOKYO: Agensi cuaca Jepun berkata pada 6 Januari bahawa 2024 merupakan tahun yang terpanas sejak catatan rekod dimulakan, seperti yang dialami negara lain sedang pengeluaran gas rumah hijau yang semakin meningkat mendorong perubahan iklim.

Di serata dunia, 2024 dijangka tahun yang paling panas dalam rekod, menurut agensi iklim dan cuaca Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu lantas menandakan tempoh sedekad suhu panas yang tidak pernah berlaku sebelum ini serta jenis cuaca lain yang ekstrem.

Di serata negara pula, suhu purata dari Januari hingga Disember ialah 1.48 darjah Celsius lebih tinggi berbanding purata dari tempoh 1991 hingga 2020, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Ini yang tertinggi sejak agensi tersebut mula mengeluarkan data pada 1898 dan lebih tinggi berbanding rekod tahun sebelumnya, yang melepasi purata sebanyak 1.29 darjah Celsius.

Dalam jangka masa panjang, “suhu Jepun telah meningkat pada kadar 1.40 Celsius setiap abad, dan suhu tinggi telah dilihat khususnya sejak 1990an,” kata JMA.

Encik Kaoru Takahashi, pegawai JMA yang bertanggungjawab atas maklumat cuaca, memberitahu AFP bahawa perubahan iklim merupakan satu “faktor”.

Angin yang tiup dari barat ke timur turut menuju ke arah utara, membawa udara yang lebih panas, katanya.

Lapisan salji terkenal yang melitupi Gunung Fuji tidak kelihatan buat tempoh paling lama yang dicatat pada 2024, dan hanya kelihatan pada awal November berbanding puratanya iaitu awal Oktober.

Saintis berkata perubahan iklim sedang meningkatkan risiko hujan lebat di Jepun dan tempat lain, oleh kerana atmosfera yang lebih panas mengandungi lebih banyak air.

Pada September 2024, banjir dan tanah runtuh mengorbankan 16 jiwa di Semenanjung Noto di tengah Jepun, kawasan yang sudah digegarkan oleh gempa bumi besar pada 1 Januari.

Pada November, hujan lebat menyebabkan pihak berkuasa menggesa ratusan ribu orang supaya berpindah.

Tempat lain, termasuk India, Indonesia, China, Taiwan, Germany dan Brazil juga menyaksikan suhu pecah rekod pada 2024. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg