Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

3 taman haiwan, safari paling seronok di Vietnam

Oct 22, 2023 | 05:30 AM



Seandainya anda membawa kanak-kanak untuk berkunjung ke Vietnam, terdapat tiga taman haiwan yang boleh dijadikan lokasi beriadah.

TAMAN HAIWAN DAN KEBUN BUNGA SAIGON

Inilah antara taman haiwan tertua di dunia yang dibina pada 1864.

Ia adalah daya tarikan ‘wajib kunjung’ kalau anda ke kota Ho Chi Minh.

Antara 5 pagi hingga 6.30 pagi, taman haiwan dan kebun bunga ini biasanya penuh dengan orang ramai yang datang awal pagi untuk bersenam dan berlari-lari anak.

Antara 7 pagi hingga 6.30 petang pula, ia penuh dengan pelancong dan penduduk tempatan yang ingin menghirup udara segar sambil meninjau haiwan seperti singa, harimau, unggas-unggasan dan reptilia.

Sekitar 3 petang, anda boleh meninjau demonstrasi kemahiran memburu binatang yang ditunjukkan pakar di taman haiwan ini.

Harga tiket masuk ialah antara 40,000-60,000 dong Vietnam ($2.24-$3.36).

VINPEARL SAFARI PHU QUOC

Naiki trak safari dan rasakan keseronokan ataupun kegelisahan dikelilingi haiwan, seakan-akan anda payah lepaskan diri daripada kandang.

Taman hidupan liar di Pulau Phu Quoc ini juga menampung pelbagai jenis buaya.

Ia adalah taman pemuliharaan dan jagaan hidupan liar terbesar pernah dibina di Vietnam.

Tiket masuk yang ditempah di laman Klook berharga $35.29 (orang dewasa) dan $26.59 (kanak-kanak). Ia dibuka antara 9 pagi hingga 4 petang.

TAMAN HAIWAN THU LE

Ia dibina pada 19 Mei 1975 dan dibuka kepada orang awam dua tahun kemudian. Kompleks taman ini terdiri daripada taman menghijau, taman haiwan dan taman permainan.

Terdapat lima ruang pameran yang menampung 40 rumah haiwan dengan 600 binatang daripada 100 spesies boleh ditemui di sini. Terdapat 40 spesies haiwan yang kebanyakannya dihadiahkan oleh dermawan dari Eropah, Afrika, Amerika dan Australia.

Ada juga haiwan yang jarang ditemui terpelihara di sini seperti spesies harimau, singa, harimau bintang, gajah dan badak Indocina.

Ia dibuka antara 7 pagi hingga 5.30 petang. Tiket dijual dengan harga 30,000 dong Vietnam ($1.68) (orang dewasa) dan 20,000 dong Vietnam ($1.12) (kanak-kanak).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >