Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 saranan destinasi musim sejuk di Amerika

Masa sesuai larikan diri dari iklim tropika
Oct 12, 2025 | 5:30 AM
Amerika Syarikat merupakan destinasi yang menarik bagi setiap lapisan umur untuk menikmati cuaca sejuk bersalji bagi pengunjung yang mahukan kelainan. 
Amerika Syarikat merupakan destinasi yang menarik bagi setiap lapisan umur untuk menikmati cuaca sejuk bersalji bagi pengunjung yang mahukan kelainan.  - Foto BRANDS USA

Hujung tahun merupakan musim popular bagi pelancong untuk bercuti, lebih-lebih lagi memandangkan ia jatuh pada musim cuti sekolah.

Dengan banyak negara berada dalam musim sejuk, ia adalah masa yang sesuai bagi mereka yang mahu ‘melarikan diri’ daripada iklim tropika.

Amerika Syarikat merupakan destinasi yang menarik bagi setiap lapisan umur untuk menikmati cuaca sejuk bersalji bagi pengunjung yang mahukan kelainan, dengan pelbagai kegiatan yang boleh dilakukan di beberapa tempat menarik.

Di bawah merupakan empat saranan destinasi di negara itu.

Vermont

Wilayah Vermont di Amerika Syarikat ini dikenali dengan gunung bersalji, sesuai untuk pengunjung yang mahu menikmati suasan resort musim sejuk.
Wilayah Vermont di Amerika Syarikat ini dikenali dengan gunung bersalji, sesuai untuk pengunjung yang mahu menikmati suasan resort musim sejuk. - Foto-foto BRANDS USA

Musim sejuk di wilayah timur laut Amerika ini bak pemandangan di poskad, dengan bukit bukau dan tasik disaluti salji.

Terdapat beberapa resort musim salji bagi mereka yang mahu berehat dan menikmati persekitaran nyaman.

Bagi pengunjung yang gemarkan manisan pula, Vermont merupakan tempat yang terkenal dengan sirap mapel dan beberapa ‘sugarhouse’, atau tempat membuat manisan, menawarkan lawatan yang membolehkan orang ramai merasai sirap mapel asli di sana.

Colorado

- Foto BRANDS USA

Bagi mereka yang mahukan pengalaman mewah, Colorado adalah tempatnya.

Wilayah bergunung itu menempatkan empat resort musim sejuk tertinggi, sesuai bagi mereka yang gemarkan sukan lasak seperti ski dan luncur papan salji (snowboarding).

Bandar seperti Aspen, Vail dan Breckenridge bukan sahaja dikenali dengan cerun gunung untuk sukan ski bertaraf dunia, bahkan suasana meriah sempena cuti hujung tahun.

Selepas penat melakukan kegiatan lasak, pengunjung boleh meluangkan masa di kolam air panas untuk melegakan badan.

Utah

Park City, Utah, tempat di mana temasya Olimpik Musim Sejuk 2002 diadakan, menjadi destinasi digemari pencinta sukan salji. 
Park City, Utah, tempat di mana temasya Olimpik Musim Sejuk 2002 diadakan, menjadi destinasi digemari pencinta sukan salji.  - Foto BRANDS USA

Musim salji di Utah berubah menjadi syurga penggemar kegiatan luar, dengan landskap gunung dan tasik semula jadi yang indah.

Wilayah itu juga terletaknya Park City, tempat di mana temasya Olimpik Musim Sejuk 2002 diadakan, dan menjadi destinasi digemari pencinta sukan salji.

New York

Nikmati pemandangan semula jadi Air Terjun Niagara yang menakjubkan di New York pada musim sejuk.
Nikmati pemandangan semula jadi Air Terjun Niagara yang menakjubkan di New York pada musim sejuk. - Foto KLOOK

Sebut sahaja New York, pasti ramai yang akan terfikir tentang bandar metropolitan.

Namun, bukan bandar New York sahaja yang boleh dilawati semasa musim sejuk.

Salah satu tempat menarik yang boleh dikunjungi ialah Niagara, di mana pelancong boleh melihat salah satu air terjun terkenal di Amerika Utara yang menakjubkan.

Tarikan pelancong yang mengagumkan ini menarik pelawat dari seluruh dunia yang mahu menyaksikan keindahannya yang semula jadi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg