Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Berdiri bulu roma jelajah kota berhantu

Kegiatan ‘dark tourism’ atau ‘pelancongan gelap’ untuk jejak sejarah seram mekar kembali di Barat
Aug 20, 2023 | 05:30 AM



Satu rencana laman Yahoo! menarik perhatian saya. Ia menceritakan tentang kemungkinan bangunan lama Hospital Changi adalah antara beberapa tempat terakhir di Singapura di mana anda dapat kunjungi sambil mendengar cerita hantu dalam jelajah atau kembara ‘pelancongan gelap’ atau dark tourism.


Ini adalah kerana Singapura kini melalui banyak proses perbandaran yang akan mengikis tempat-tempat hutan rimba atau semak samun untuk dijadikan projek perumahan.

Di Singapura, memang beberapa penganjur seperti wadah pencinta kisah hantu, aktif mengadakan sesi jelajah ke tempat berhantu seperti The Walk With Hantu: Changi Tour sebelum pandemik Covid-19 melanda.


Sewaktu menyaksikan filem seram Disney, Haunted Mansion baru-baru ini pun, topik kembara mencari hantu juga begitu ketara kerana salah seorang wataknya Alyssa mengendalikan sesi jejak hantu atau ‘ghost tour’ yang tidak begitu digemari suaminya Ben.


Ben, bagaimanapun, meneruskan kerja Alyssa itu, selepas isterinya meninggal dunia dalam satu kemalangan meskipun dia tidak begitu mempercayai kewujudan hantu.

Saya juga menonton dokumentari Netflix, Dark Tourist, di mana wartawan David Ferrier mengembara ke tempat-tempat berhantu dan aneh dari tasik nuklear ke rimba berhantu di Jepun. Banyak yang disaksikan termasuk kerasukan yang berlaku di depan mata.


Sungguhpun begitu, sektor ‘dark tourism’ atau pelancongan gelap di mana ramai berkunjung ke tempat berlakunya tragedi manusia akibat perang, bencana alam atau pembunuhan beramai-ramai kian meningkat semula popularitinya selepas pandemik.


Ditanya Yahoo! mengapa ramai tertarik pada sesi jelajah mencari hantu ini, pakar psikologi kaunseling, Diana Santoso berkata kecenderungan ramai tentang perkara ghaib itu didorong kepercayaan dan pengaruh budaya.


“Sejurus mereka berpegang kepada kepercayaan ini, mereka akan mencari maklumat yang menyokong apa yang mereka yakini. Kadangkala ia meredakan stres tentang alam realiti,” katanya.

Walau bagaimanapun, ingin tahu ke mana pelancong serata dunia pergi untuk rasakan kesan ‘berdiri bulu romaku’? Berikut ini antara tempatnya.

NEW ORLEANS, AMERIKA







New Orleans dianggap sebagai kota paling berhantu di Amerika. Di sini, banyak sesi jelajah jejak hantu yang dianjurkan. Pemandu pelancong akan bercerita tentang mitos puntianak, budaya voodoo di mana patung sihir digunakan untuk menganiaya orang lain serta tempat di mana hantu biasanya ditemui.

Dua tempat yang biasanya dikunjungi adalah LaLaurie Mansion dan Kedai Tukang Besi Lafitte. Dalam masa dua jam, banyak yang dapat diselongkar tentang tempat-tempat berhantu di New Orleans.

VENICE, ITALY







Pastinya terasa bagaikan diekori di terusan berselirat dan berair di Venice, Italy. Pada waktu malam, seram sejuk dibuatnya kalau menghadiri sesi jejak hantu sambil mengayuh sampan dan melihat sudut terpencil serta seni bina Gothik sekitar Jambatan Rialto.

Pemandu pelancong akan bercerita tentang legenda ngeri yang pernah berlaku di Venice seperti roh Casin degli spiriti, yang dipercayai adalah roh tidak tenang seorang wanita yang dibunuh dan dipotong-potong serta disumbatkan dalam beg dan dibuang ke dalam lagun. Kejadian itu berlaku pada era 1950-an.


PRAGUE, CZECHOSLOVAKIA







Prague adalah antara segelintir kota dunia yang memberikan dedikasi pada monumen hantu, Jachym Berka, atau dipanggil ‘Iron Man’. Mengikut legenda zaman-berzaman, dia adalah seorang satria yang mati selepas berjuang dan berubah menjadi hantu. Dalam tempoh lebih 400 tahun, dia menanti masa untuk dibebaskan daripada keadaannya yang dibelenggu sebagai hantu.







STOCKHOLM, SWEDEN







Dengan membawa tanglung pada waktu malam, anda dibawa menjelajah kota Stockholm sambil mendengar kisah mengerikan lagi berdarah yang pernah berlaku di situ. Ada perihal puntianak, ada juga kisah roh yang mengekori dan banyak lagi sejarah hitam dikupas.

Kadangkala anda diberikan peluang membawa watak tertentu dalam permainan Vaesen yang menjejak hantu legenda di negara ini.


Ia pengalaman yang membuka mata dan pastinya membuat debaran ‘dag dug’ di dada semakin kencang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >