Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

RENCAM BOLLYWOOD

Aamir Khan kacau ‘periuk nasi’ pelakon lain?

Jul 31, 2023 | 05:30 AM



Pelakon muda Divya Bharti mula menempah nama dalam dunia perfileman apabila mendapat pujian setelah menjayakan drama Telugu Bobbii Raja pada 1990. Ketika itu, usianya baru 16 tahun.


Beliau kemudian memasuki industri filem Hindi, atau Bollywood.

Namun, Divya meninggal pada umur 19 tahun selepas terjatuh dari balkoni sebuah apartmen tingkat lima di Bombay pada 5 April 1993. Kematiannya diselubungi misteri hingga sekarang.

Tapi, tahukah anda mendiang Divya dan Aamir Khan sepatutnya menjayakan filem Darr tetapi digantikan oleh Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla?


Laman Pink Villa melaporkan mengapa Aamir dan Divya digantikan.


Ia berlaku pada 1992 apabila Divya memarahi Aamir kerana enggan menari bersamanya dalam sebuah konsert jelajah di London. Aamir dikatakan kecewa mengenai sikap kepala angin Divya.

Dalam satu wawancara ketika itu Divya berkata: “Aamir bukanlah yang sepatutnya marahkan saya. Saya yang lebih marah dan kecewa akan tindak-tanduknya. Kebiasaannya manusia buat silap. Ia perkara biasa. Saya sendiri buat silap dan cuba menutupinya segera di pentas.

“Aamir hafal pergerakan tarian kami. Alih-alih saya dengar beliau beritahu penganjur, beliau hanya mahu berlatih dengan adik jurutari Chiclet, Lollypop. Saya nak kata apa?”

Divya berkata beliau kecewa melihat Aamir kemudian menari bersama Juhi.

“Dahlah saya ni hanya terlibat dalam tiga babak tarian sedangkan Juhi tampil banyak kali di pentas. Kini, beliau pula rampas peranan saya. Aamir pula tidak sertai segmen medley di mana beliau harus berganding dengan saya. Katanya, sudah terlalu penat. Saya hanya terbiar dengan satu lagu solo, Saat Samunder. Saya sedang menangis. Salman Khan datang membantu menyelamatkan saya.


“Walaupun ada banyak lagu untuk beliau jayakan, meskipun kakinya patah ketika itu, Salman cukup baik untuk bersetuju menjayakan segmen medley itu dengan saya. Saya tersentuh oleh budi baiknya,” ujar Divya.

Ibu Divya berkata Aamir punca peranan dalam filem Darr tidak dapat dijayakan anaknya. Aamir dikatakan pandai-pandai mendesak agar Divya digantikan oleh Juhi.


“Ramai berasa saya tidak dapat peranan dalam Darr kerana mempunyai masalah dengan penerbit Yash Chopra. Tetapi bukan itu masalahnya. Apabila Sunny Deol menandatangani kontrak filem ini, beliau mahu saya berganding dengannya. Aamir inginkan Juhi.


“Sayangnya, kami berada di Amerika untuk acara lain. Awalnya, pelakon filem ini adalah Sunny, Divya dan Aamir. Apabila kami pulang, Sunny, Juhi dan Aamir pula berlakon dalam filem ini. Kerana Aamir berlakon dalam filem Yash Chopra di Parampara, beliau sarankan agar Juhi menggantikan saya. Tapi nasibnya juga tidak baik. Beliau digantikan oleh Shah Rukh Khan,” kata Divya.

Hingga hari ini ibu Divya menganggap Aamir sebagai pelakon yang menghancurkan rezeki anaknya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >