Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘ABANG-ABANG’ BAKAT MUDA

'Abang Bobb' pembakar semangat bakat baru

Sep 14, 2020 | 05:30 AM



Walaupun tugas mereka lebih di belakang tabir dunia hiburan Singapura, Abam Yaz dan Abang Bobb adalah 'abang-abang' yang disegani bakat nyanyian muda di Singapura. Sedang Abam Yaz memberi sentuhan kreatifnya pada foto promosi atau kulit 'single' serta klip video artis setempat, Abang Bobb pula gigih mencipta irama dan mengadun lagu buat anak seni setempat. Siapakah mereka? BERITA HARIAN melaporkan.



PADA siang hari, Encik Ghazali Sawi ialah pemandu syarikat pengeluar kabinet paparan mainan collectible SG Toy Display.



Di luar masa kerjanya, bapa tiga anak yang lebih dikenali sebagai Abang Bobb, 37 tahun, ini pemilik studio Guzzbuzz Productions sejak 2012.



Beliau juga komposer, penyusun semula lagu dan pengadun lagu bagi beberapa bakat Singapura yang baru berjinak-jinak dalam bidang muzik dan bertekad menempa nama dalam dunia seni Singapura.



Apakah yang membuatkan Abang Bobb teruja meniup semangat buat bakat Singapura yang sudah dianggap seperti adik-adiknya sendiri itu? Ikuti temu bual dengannya.



Soalan (S): Bagaimana anda bermula dalam bidang muzik?



Abang Bobb (AB): Saya memang gemar bermain gitar dan kerap jamming bersama teman-teman saya.



Dari situ, saya sediakan perkakas studio hanya sebagai latihan di rumah saya sahaja.



Alhamdulillah, teman seni lain seperti Wan Momo Live, Kazhendra dari Muezza Productions, Azee (gitaris band Yezz) yang popular dengan lagu Bicara Rindu, Elfizuraimi, Halifi Mahmud, Ikey Malique dan Hasyim Hassan, menyemarakkan lagi semangat saya berkecimpung dalam bidang muzik.



S: Ceritakan tentang penubuhan Guzzbuzz Productions.



AB: Studio ini ditubuhkan pada 2012. Tiada artis bernaung di bawah saya tetapi mereka tampil merakam lagu di studio saya. Antaranya Norazman daripada Kompang Melayu Bintang Timur Tradisional (KMBTT) Wak Jai, Wann Shelby, Fiezah Mazlan, Anissul Asaad, Ridwan Salim, Niq Bazlee dan The Jiran's dari Malaysia.



S: Apabila anda menyusun semula muzik, apa yang menjadi keprihatinan anda?



AB: Fokus saya selalu pada bahagian alat muzik tali. Ini adalah kerana saya gemarkan alat muzik seperti biola, viola (lebih besar daripada biola) dan selo.



Saya juga akan tumpukan perhatian kepada melodi dan juga lirik-lirik lagu.



S: Apakah cabaran yang dihadapi anda dalam tugasan anda di studio?



AB: Cabaran selalu datang daripada perkakas studio. Dengan adanya kemudahan sofwe rakaman, kebimbangannya adalah ia tidak dipakai setelah dibeli. Buang saja!



Kadangkala terfikir mengapa saya asyik keguguran rambut dan jadi botak ni? Rupa-rupanya kerana saya ingin sentiasa mencantikkan lagi suasana studio saya.



S: Siapakah sumber inspirasi anda dalam bidang muzik atau penerbitan lagu?



AB: Eddie Marzuki daripada kumpulan The Flybaits, Addy Cradle, Along Exists dan Kazhendra dari Muezza Productions.



S: Apa yang selalu dikongsi bakat muda dengan anda? Nasihat anda kepada mereka?



AB: Biasanya mereka akan berkongsi tentang kesulitan menghasilkan lirik yang baik dan susunan lagu yang boleh dianggap setanding mutu lirik dan susunan lagu bakat Malaysia. Mereka inginkan mutu terbaik.



Dalam pada itu, setiap kali saya terima nasihat daripada pemuzik dan komposer lain, saya akan kongsi ilmu itu sebagai pembakar semangat buat bakat muda ini agar selalu berikan yang terbaik dan termampu.



Selain itu, serahkan sahaja pada rezeki.



S: Apa pandangan anda tentang persada muzik Melayu di Singapura? Apa lagi perlu bagi merancakkan lagi seni di sini?



AB: Muzik tempatan kita kian berkembang dengan bertambahnya bakat baru dan kerencaman genre yang memenuhi pasaran.



Saya berharap bakat-bakat baru ini akan terus berkarya dan tidak malu mengetengahkan kerja seni mereka. Moga respons baik daripada orang ramai.



Saya sendiri bakal mengusahakan lagu kerjasama Fiezah Mazlan dan kumpulan rap wanita, Poetic Maleeka.



Selebihnya, saya perlu mengikuti trend semasa dan membuka ruang buat bakat baru Singapura mahupun dari seberang Tambak bertapak.




" Muzik tempatan kita kian berkembang dengan bertambahnya bakat baru dan kerencaman genre yang memenuhi pasaran muzik. Saya berharap bakat-bakat baru ini akan terus berkarya dan tidak malu mengetengahkan kerja seni mereka. Moga respons baik daripada orang ramai."
- Encik Ghazali Sawi,yang lebih dikenali sebagai Abang Bobb.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >