Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Abang garang’ Fiie’s Cafe saji nasi ayam bermutu

Feb 24, 2024 | 5:30 AM
Encik Addie Shafiie, pemilik Fiie’s Cafe di Lucky Plaza, juga dikenali sebagai ‘Mr Grumpy’.
Encik Addie Shafiie, pemilik Fiie’s Cafe di Lucky Plaza, juga dikenali sebagai ‘Mr Grumpy’. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Peraturan untuk menjamu selera di Fiie’s Cafe mudah sahaja – beratur, pesan makanan, tunggu sebelum duduk.

Jika anda ikut langkah-langkah ini, anda selamat.

Berdegap-degup jantung beratur membeli nasi ayam di Fiie’s Cafe di kedai hujung tingkat enam di Lucky Plaza, Orchard Road.

Fiie’s Cafe di Lucky Plaza hanya boleh menampung 24 pelanggan yang ingin makan hidang di kedai pada setiap masa.
Fiie’s Cafe di Lucky Plaza hanya boleh menampung 24 pelanggan yang ingin makan hidang di kedai pada setiap masa. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Pemiliknya, Encik Addie Shafiie, digelar sebagai ‘Mr Grumpy’ kerana caranya yang garang dan tegas terhadap pelanggan.

Walaupun menerima pelbagai maklum balas mengenai kebengisannya, barisan pelanggan beratur tetap panjang kerana nasi ayamnya yang sedap.

Keemasan dan kerangupan ayam goreng nasi ayam Fiie’s Cafe sangat menggiurkan, tidak kering dan sungguh berperisa.
Keemasan dan kerangupan ayam goreng nasi ayam Fiie’s Cafe sangat menggiurkan, tidak kering dan sungguh berperisa. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Sampai sahaja pesanan nasi ayam itu, kelihatan nasinya seperti biasa, tidak begitu menarik namun ayamnya menggiurkan dengan warna keemasan setelah digoreng.

Watch on YouTube

Mencuba nasinya sahaja, saya kagum kerana rasanya tidak menghampakan.

Walaupun kelihatan biasa sahaja, perisanya kaya dengan halia dan ayam.

Jujur kata, saya sangat gemar dengan perisa nasi sedemikian.

Ayamnya pula rangup dan dimasak sempurna.

Walaupun saiz ayam tersebut besar, bahagian dalamnya masak sepenuhnya dan tidak kering.

Bagi keraknya pula, ia sangat rangup dan menambahkan tekstur yang menyelerakan.

Menurut Encik Shafiie, setiap pagi beliau akan menerima lebih 60 kilogram ayam segar untuk diperap dan gorengan ayam tersebut adalah proses terperinci baginya.

“Suhu minyak dan masa menggoreng ayam sangat penting untuk memastikan setiap ayam dimasak sempurna,” ujar Encik Shafiie kepada Berita Harian baru-baru ini.

Untuk memastikan standard yang konsisten, pekerjanya menggunakan alat termometer untuk memantau suhu minyak gorengan ayam tersebut.

Set ala carte nasi ayam di Fiie’s Cafe berharga $6.50. Hidangan tambahan berharga $1.
Set ala carte nasi ayam di Fiie’s Cafe berharga $6.50. Hidangan tambahan berharga $1. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Supnya pula lebih kepada sup soto ayam dengan perisa lada hitam.

Ini bergantung kepada cita rasa masing-masing tetapi pada saya, saya suka perisa tersebut.

Di Fiie’s Cafe juga, mereka menawarkan tiga jenis sambal – manis, pedas dan masam manis. Sambal yang dihidangkan di pinggan ialah sambal tumis biasa, yang manis dan tidak begitu pedas untuk dicampur bersama nasi.

Namun di kaunter, ada juga sambal belacan untuk pelanggan yang lebih gemarkan kepedasan dan sambal cili halia dan bawang putih, dengan perisa masam sedikit.

Set ala carte nasi ayam dijual pada $6.50 dan hidangan sampingan seperti sambal telur puyuh, sambal hotdog, bergedel semuanya berharga $1.

Mereka juga menjual hempedal, hati dan sebagainya, namun tidak ada pada hari Kaki Makan mengunjung.

Baru-baru ini, Fiie’s Cafe juga telah membuka cawangan baru yang dinamakan Mr Grumpy Nasi Ayam by Fiie’s Cafe di Blok 73 Lorong 4 Toa Payoh.

Encik Shafiie berkata ini adalah antara matlamatnya untuk mengembangkan perniagaan.

“Lokasi idaman saya membuka kedai adalah di CBD (Kawasan Pusat Bandar) tetapi harga sewa masih tinggi. Tetapi tak mengapa kita kayuh perlahan dahulu,” selorohnya.

  1. Alamat: 304 Orchard Road, #06-52 Lucky Plaza, Singapura 238863
  2. Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu, 10 pagi hingga 5 petang
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg