Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nasi ayam Evertop memang ‘top’

Feb 24, 2024 | 5:30 AM
Evertop Family Restaurant di Joo Chiat Road menyajikan nasi ayam panggang dan nasi ayam kukus yang menyelerakan.
Evertop Family Restaurant di Joo Chiat Road menyajikan nasi ayam panggang dan nasi ayam kukus yang menyelerakan. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Kedai nasi ayam Evertop Family Restaurant telah menjadi antara tempat klasik untuk mendapatkan nasi ayam Hainan.

Watch on YouTube

Dibuka sejak 1989 di Tanglin Halt sebelum berpindah ke Clementi dan kemudiannya dibuka lagi satu cawangan di Joo Chiat Road pada 2011, restoran itu khusus menawarkan nasi ayam Hainan yang unik dan memikat selera.

Cawangannya di Joo Chiat itu boleh menampung hingga 180 pelanggan.

Masa yang diambil untuk memesan makanan hingga ia tiba di meja pelanggan adalah kurang 10 minit.

Jadi bagi mereka yang lapar, jangan khuatir kerana perkhidmatannya sangat cepat.

Apabila nasi ayam panggang dan nasi ayam Hainan dihidangkan, pelanggan dapat menghidu aroma nasinya yang sangat harum.

Nasinya juga kelihatan gebu dan tidak kering.

Cef eksekutif restoran itu, Encik Woon Swee Yong, berkata mereka menggunakan hingga enam bahan berlainan untuk menaikkan lagi aroma nasi agar ia tahan meski tidak panas.

Namun, setelah mencuba sesuap, nasinya kurang rasa halia dan bawang putih.

Walau bagaimanapun, tekstur nasinya tidak kering.

Cilinya pula manis dan pedas dan ia mengimbangkan perisa nasi ayam itu.

Ayam panggang Evertop Family Restaurant berlemak, masin dan lembut. Sos bijannya juga sangat berperisa.
Ayam panggang Evertop Family Restaurant berlemak, masin dan lembut. Sos bijannya juga sangat berperisa. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Ayam panggang yang saya pesan sangat lazat.

Ia sangat berperisa, lembut dan berlemak.

Sos bijan yang digandingkan dengan ayam itu juga harum dan masinnya cukup, sesuai dimakan bersama nasinya.

Satu lagi ciri unik yang ditawarkan Evertop ialah hidangan acar sayur bersama nasi ayamnya.

Oleh kerana acar menawarkan perisa masam manis, ini membolehkan hidangan itu mencapai perisa yang seimbang dari segi masam, manis dan masin bagi setiap suap.

Setiap pinggan nasi ayam Hainan secara ala carte dijual pada harga $7.20, berpatutan dengan hidangan yang kaya dengan sejarah dan warisan.

Harga ini terpaksa dinaikkan pada awal 2024 akibat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang ditingkatkan kepada 9 peratus. – NUR SYUHRAH HASSAN

  1. Alamat: 89/91 Joo Chiat Road, Singapura 427383
  2. Waktu operasi: Isnin hingga Ahad, 10 pagi hingga 9 malam
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg