Acara kafe di S’pura bantu Ibnor Riza tampung kos kemoterapi
Pengguna Berdaftar
Acara kafe di S’pura bantu Ibnor Riza tampung kos kemoterapi
Peminat, penunggang motosikal berkumpul beri sokongan buat penyanyi M’sia ini yang hidap barah limfoma tahap empat
Oct 3, 2023 | 5:30 AM
Hampir 160 peminat muzik dan penunggang motosikal singgah ke R&W Bikerz Cornerz, sebuah kafe yang terletak di 285 Changi Road pada Ahad malam, demi memberi sokongan dan kata-kata galakan buat penyanyi Malaysia era 1980-an, Ibnor Riza, yang menghidap barah limfoma tahap empat.
Tempat makan yang diusahakan bersama pemuzik Singapura, Noresham Abdul Wahab, Norwati Jalal dan Noor Azman Marwi itu, telah menjadi tempat buat penunggang motosikal dan pemuzik Singapura untuk berkumpul bagi menggerakkan acara amal.
Laporan berkaitan
Penyanyi Ibnor Riza kurang duit untuk kemoterapi penyakit barahSep 28, 2023 | 10:00 AM
Siapa ‘Abang Proton’ di hati Sherry Alhadad?Oct 2, 2023 | 4:50 PM

