Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Siapa ‘Abang Proton’ di hati Sherry Alhadad?

Oct 02, 2023 | 04:50 PM



Kisah pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad (gambar), 40 tahun, menghabiskan masa bersama seorang jejaka di sebuah restoran, hangat diperkatakan dalam media sosial baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik lelaki berkenaan dalam aplikasi TikTok, Sherry telah mengenakan kemeja putih dan bertopi. Beliau dilihat tersenyum ketika lelaki yang digelar ‘Abang Proton’ itu merakamnya.

Gelagat dua merpati sejoli itu menjadi perbualan dalam media sosial apabila ramai yang mendoakan mereka sambil memberi amaran kepada lelaki berkenaan supaya tidak melukakan hati selebriti kesayangan ramai itu.

Enggan membiarkan spekulasi terus bertebaran, Berita Harian Malaysia (BHM) telah menghubungi Sherry atau nama penuhnya, Shariffah Maryam Syed Abdullah Al Hadad, untuk mendapatkan penjelasan sejauh mana hubungannya dengan ‘Abang Proton’ itu.


“Tiada apapun sebenarnya. Kami hanyalah kawan dan dia juga ejen insurans saya. Biasalah sebagai pelanggan, ‘Abang Proton’ kenalah jaga dan bawa saya keluar makan.

“Video kami keluar makan itu pun, dia yang muat naik. Saya ada juga tulis dalam kapsyen video, tak ada apa-apapun.

“Malah, saya beri keizinan untuk ‘Abang Proton’ muat naik video itu. Cuma, bila tiba-tiba video itu tular dan jadi perhatian, ‘Abang Proton’ agak kelam kabut sedikitlah. Dia yang nak sangatkan, jadi kenalah hadap,” katanya.

Menceritakan kembali detik perkenalan mereka, Sherry memaklumkan mereka bertemu empat tahun lalu di sebuah stesen minyak di Kota Damansara.

“Dia tegur saya dan beritahu dia minat dengan lakonan saya. Selepas berkenalan, barulah saya tahu dia seorang ejen insurans.

“Secara kebetulan, saya sedang mencari ejen untuk menguruskan insurans saya.

“Disebabkan ‘Abang Proton’ berpengalaman dan menjadi ejen kepada beberapa artis lain, saya setuju menjadi pelanggannya,” katanya.

Mengulas gelaran ‘Abang Proton’ yang diberi kepada jejaka terbabit, Sherry berkata, ia berpunca daripada komen di Instagram (IG).

“Nama dia Amin Mokhtar. Gelaran ‘Abang Proton’ tercetus selepas saya menulis komen di IG miliknya. Saya cakap mukanya sama macam ‘Abang Tesla’ yang tular sebelum ini.

“Dia balas komen saya dengan mengatakan, dia bukan Abang Tesla, tetapi ‘Abang Proton’. Dari situ, terus melekat panggilan itu.

“Apabila tengok ramai doakan kami dan beri amaran kepadanya supaya tak mainkan perasaan saya, rasa terharu pula.

“Malah, ada rakan industri bertanya mengenai hubungan kami.

“Rasa lucu apabila reaksi seperti ini timbul. Tiada apa-apa hubungan, kami memang berkawan. Tapi, ‘Abang Proton’ masih single,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >