Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Acara menarik buat seisi keluarga

Mar 08, 2024 | 05:30 AM



‘Dot in Space!’

Terokai ruang angkasa dan kegiatan berhubung kait dengan angkasawan menerusi pelbagai misi interaktif dalam edisi kedua, Dot in Space!, apabila anda mengunjungi Pusat Sains Singapura pada cuti sekolah ini.


Tarikh: 8 hingga 10 Mac, Jumaat hingga Ahad


Waktu: 10 pagi hingga 12.30 tengah hari; 2.30 petang hingga 4.30 petang


Tempat: E3, Pusat Sains Singapura


Bayaran: Percuma dengan tiket masuk Pusat Sains Singapura


Laman web: https://bh.sg/dot


Pelbagai kegiatan
di Hab Sukan Singapura

Hab Sukan Singapura telah menyediakan dua zon kegiatan, The Library, dan The Carnival, buat pengunjung bagi menyokong acara konsert atau sukan yang bakal berlangsung di Hab Sukan Singapura pada hujung minggu ini.


Zon The Library yang mengambil alih bekas ruang dua tingkat, Perpustakaan Hab Sukan, di mana penggemar muzik boleh menari di lantai cahaya LED di samping membuat dan menukar gelang persahabatan.


Kunjungi juga zon The Carnival di tempat meletak kereta 4, berdekatan Pintu Keluar B, stesen MRT Stadium, di mana pelbagai trak makanan dan persembahan hiburan secara langsung akan disediakan.


Pengunjung juga boleh menuju ke kawasan Stadium Riverside Walk, untuk melihat gerai-gerai yang disediakan seperti gerai mengecat muka atau gerai belon.

‘The Library’


Tarikh dan waktu: 7 hingga 9 Mac: 2 hingga 6 petang (untuk semua peringkat usia); 8 malam hingga 2 pagi (untuk 18 tahun ke atas) dan 10 Mac: 2 hingga 6 petang (untuk semua peringkat usia)


‘The Carnival’


Tarikh dan waktu: 7 hingga 9 Mac: 2:30 petang hingga 12 tengah malam


Rumah Terbuka
Akademi Penerbangan
Singapura (SAA)

Pengunjung ke Rumah Terbuka Akademi Penerbangan Singapura (SAA) berpeluang menyaksikan latihan bagi pengawal trafik udara dan pegawai bomba lapangan terbang selain mengikuti lawatan berpandu.

Acara selama tiga hari itu adalah anjuran Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).

Ia memaparkan tema ‘meneroka, melalui pengalaman dan bermain’. Rebut peluang untuk mengetahui bagaimana CAAS mentakrifkan semula hab udara Singapura selepas wabak Covid-19 menerusi usaha mampan dan inovatif.

Sertai juga pelbagai permainan interaktif termasuk dron dalaman, sudut kegiatan kanak-kanak dan sebuah meja Lego yang dipasang tanjakan bagi membolehkan pengunjung mencuba memandu kereta bomba yang mereka bina.

Pengunjung perlu daftar terlebih daluhu bagi kegiatan lawatan berpandu seperti simulasi kawalan trafik udara dan kegiatan bomba memadam api.

Tarikh: 7 hingga 9 Mac


Waktu: 9 pagi hingga 5 petang


Tempat: Akademi Penerbangan Singapura, 1 Aviation Drive, Singapura 499867


Laman web: www.saaopenhouse.sg


Karnival Kebahagiaan
di Timezone

Pusat permainan arked dan hiburan, Timezone, menganjurkan acara, Happiness Carnival, sempena bulan kebahagiaan pada Mac.


Pelbagai karnival mini akan diadakan mulai cuti sekolah ini di lokasi berbeza pada setiap hujung minggu sepanjang Mac.

Pengunjung berpeluang memenangi hadiah seperti tiket wayang filem, Kungfu Panda 4, bagi mereka yang mengisi $300 dalam ‘powercard’ mereka.


Pengunjung juga boleh menemui watak Po dari Kungfu Panda 4 pada 10 Mac di Timezone Orchard Exchange atau menyertai peraduan Kungfu Panda 4 Hunt.


Tarikh dan tempat: Karnival mini bermula 8 Mac hingga 10 Mac di cawangan Orchard Exchange; 9 dan 10 Mac – Vivocity, Westgate, Parkway Parade; 16 dan 17 Mac – Jurong Point dan Marina Square; 23 dan 24 Mac – Northpoint City dan AMK Hub; dan 30 dan 31 Mac – Orchard Exchange dan Vivocity.


Laman web: https://bh.sg/timezone




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >