Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Suki tunjuk kemahiran irama Melayu, qasidah dalam ‘Lebaran Mulia’

Apr 8, 2024 | 5:30 AM
Suki Low berjaya mendendangkan lagu, ‘Lebaran Mulia’, dengan gabungan irama Melayu dan qasidah yang mempesona.
Suki Low berjaya mendendangkan lagu, ‘Lebaran Mulia’, dengan gabungan irama Melayu dan qasidah yang mempesona. - Foto INSTAGRAM SUKI LOW

LEBARAN MULIA

  1. Dendangan Suki Low
  2. Ciptaan dan tulisan lirik: Mas Dewangga, Jova Devito, Aden King, Sang Hitam dan Suki Low
  3. Video Lirik di YouTube sudah pun ditonton hampir 16,000 kali dalam tempoh dua minggu

Akhirnya, pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza 8 (GV8) dan juara One In A Million (OIAM), Suki Low, muncul dengan lagu Hari Raya pertamanya yang ‘original’, Lebaran Mulia.

Sebelum ini, Suki pernah merakam lagu ‘mash-up’ (diadun dan digabung sama) Hari Raya, Suasana Hari Raya (dendangan asal Anuar dan Elina) dan Seloka Hari Raya (Hail Amir dan Uji Rashid), yang diterbitkan secara kreatif dengan sisipan irama pengenalan, Anak Ayam.

Boleh dikatakan, Lebaran Mulia, mempunyai ‘vibes’ lagu klasik Hari Raya dengan inti pati kisah balik kampung, saling bermaafan dan mendoakan mereka yang sudah tiada lagi di pagi Raya.

Bagaikan ‘terbang’ ke Timur Tengah tatkala mendengar irama padang pasir dan lontaran suara Suki yang ala penyanyi Arab berqasidah.

Bagi saya, Lebaran Mulia cukup menenangkan dan menghiburkan. Ia menunjukkan keupayaan Suki menyanyikan lagu irama Melayu dengan begitu baik sekali tanpa kecanggungan.

Lagu ini menggabungkan pesanan yang ada dalam lagu Hari Raya lama tetapi tidak melupakan generasi TikTok yang pastinya ingin mencari ruang menari sama dengan rentak rancak lagu ini.

Apakah kata warganet mengenai percubaan Suki?

Salmaishaq9512 menulis di YouTube: “Jujur cakap, kemahiran pendengaran Suki memang tajam. Dia dapat ‘tangkap’ cara nyanyian orang Melayu. Lenggok dan langgamnya kemas.

“Dia banyak mengingatkan saya pada penyanyi irama asli era silam, Andre Goh.”

Atikahkhaty5486 pula menambah: “Tidak mudah bagi orang Cina seperti Suki menyanyikan irama Melayu. Lenggok qasidah Suki juga lunak didengar. Tahniah atas lagu solo Hari Raya pertama Suki.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg