Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AirAsia tawar tempat duduk percuma bagi tiket penerbangan, rai ulang tahun ke-20

Feb 20, 2024 | 1:44 PM
Syarikat penerbangan AirAsia meraikan ulang tahunnya ke-20 sejak ia mula beroperasi di Singapura.
Syarikat penerbangan AirAsia meraikan ulang tahunnya ke-20 sejak ia mula beroperasi di Singapura. - Foto fail

Pelancong Singapura yang ingin bercuti di destinasi Asia termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand kini boleh menikmati tawaran harga tiket kapal terbang yang rendah, sedang syarikat penerbangan AirAsia meraikan ulang tahunnya yang ke-20 sejak mula beroperasi di Singapura.

Mereka yang membuat tempahan tiket kapal terbang dari Singapura ke Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta, Kuching, Kota Kinabalu, Hat Yai, Yogyakarta dan destinasi menarik yang lain tidak perlu membayar tambang asas.

Di bawah promosi tempat duduk percuma itu, pelancong hanya perlu membayar cukai lapangan terbang, caj bahan api dan yuran lain yang berkenaan, dengan tambang bermula daripada $67.

Pelancong juga boleh terbang dari Singapura ke destinasi jarak sederhana melalui perkhidmatan Fly-Thru dengan tambang sehala bermula dari $148 ke Tiruchirappalli, Maldives, Jaipur, Chiang Mai, Sydney, Tokyo dan lain-lain.

Tambang promosi ini adalah bagi tempahan yang dibuat dari 19 Februari 2024 hingga 25 Februari 2024 untuk tempoh perjalanan antara 1 September 2024 dengan 18 Jun 2025.

Selain itu, diskaun sebanyak 20 peratus juga ditawarkan untuk pembelian ‘Fast Pass’ - perkhidmatan yang memberikan pelancong perjalanan yang lebih mudah termasuk keutamaan di lapangan terbang - serta tambahan 7kg buat bagasi kabin.

Mereka yang ingin menambah had bagasi kabin secara berasingan juga boleh menikmati diskaun 20 peratus untuk ‘Xtra Carry-On’ semasa tempahan awal penerbangan.

Tawaran tersebut tertakluk kepada terma dan syarat.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Singapura, Encik Logan Velaitham berkata Singapura adalah antara destinasi paling penting syarikat penerbangan tersebut, dengan penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Singapura menjadi yang paling sibuk di dunia sepanjang tahun.

Selain Malaysia, penerbangan ke Thailand juga telah meningkat dari sebanyak 14 penerbangan setiap minggu ke Bangkok pada tahun 2004 hingga 28 penerbangan setiap minggu kini.

“Untuk masa akan datang, kami akan terus komited untuk mengembangkan rangkaian kami dengan menerbangkan lebih ramai tetamu ke dan dari Singapura bagi memacu industri pelancongan di rantau ini,” ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg