Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Harga tiket pesawat dari S’pura bakal naik mulai 2026 disebabkan penggunaan bahan api mampan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga tiket pesawat dari S’pura bakal naik mulai 2026 disebabkan penggunaan bahan api mampan

Feb 19, 2024 | 03:02 PM



Penumpang pesawat yang berangkat dari Singapura boleh menjangka harga tiket penerbangan lebih tinggi mulai 2026 disebabkan levi yang dikenakan terhadap penggunaan bahan api penerbangan mampan.

Pembayaran levi tersebut bagaimanapun bergantung pada faktor seperti jarak perjalanan dan kelas kabin penerbangan.

Penggunaan bahan api mesra alam akan menjadi langkah kritikal dalam usaha penyahkarbonan negara ini. 

Ia dijangka menyumbang sekitar 65 peratus daripada pengurangan pelepasan karbon yang diperlukan untuk mencapai sasaran pelepasan sifar bersih penerbangan domestik dan antarabangsa Singapura menjelang 2050.

Daya usaha ini merupakan sebahagian daripada pelan tindakan hab udara mampan negara, yang dibangunkan oleh Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).

Ia dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, sewaktu Sidang Kemuncak Penerbangan Changi yang diadakan di Pusat Ekspo dan Konvensyen Marina Bay Sands pada 19 Februari. 

Pelan tindakan itu disusun atas cadangan panel penasihat antarabangsa yang dihimpunkan CAAS susuli perundingan dengan lebih 120 wakil daripada 40 rakan kongsi domestik dan antarabangsa.

“Pelan Tindakan itu menggariskan matlamat jangka sederhana dan panjang Singapura untuk pelepasan sektor penerbangan antarabangsa dan domestik.

“Ia membentangkan langkah konkrit yang akan diambil oleh Singapura, dengan kerjasama erat dengan pihak berkepentingan kami, untuk membangunkan masa depan penerbangan yang mampan merentasi tiga domain: lapangan terbang, syarikat penerbangan dan pengurusan trafik udara,” kata Encik Chee dalam ucaptamanya pada 19 Februari.

Pelan tindakan tersebut menggariskan 12 inisiatif dalam pelbagai bidang, antaranya seperti bahan api mampan dan pengurusan trafik udara yang cekap.

Sebagai permulaan, Singapura akan menyasarkan penggunaan bahan api penerbangan mampan sebanyak 1 peratus pada 2026, dengan sasaran tersebut dinaikkan kepada antara 3-5 peratus menjelang 2030, tertakluk kepada “perkembangan global dan ketersediaan dan penerimaan yang lebih luas sebelum membuat keputusan mengenai sasaran bahan api penerbangan mampan menjangkau 2026”, menurut Encik Chee. 

“Dalam membuat keputusan itu, kami akan menyasarkan untuk mencapai keseimbangan antara daya saing ekonomi dan kemampanan alam sekitar, untuk mencapai objektif kami untuk mempunyai pertumbuhan yang mampan,” tambahnya.

Dalam mencapai sasaran ini, pihak berkuasa akan memperkenalkan levi yang bakal menyaksikan kenaikan harga tiket bagi penumpang kelas ekonomi dalam penerbangan langsung dari Singapura.

Meskipun butiran khusus masih belum dimuktamadkan, CAAS mencadangkan penumpang kelas ekonomi mungkin dikenakan levi tambahan $3 untuk penerbangan jarak dekat ke Bangkok, $6 untuk penerbangan jarak sederhana ke Tokyo dan $16 untuk penerbangan jarak jauh ke London.

Penumpang dalam kelas premium akan membayar levi lebih tinggi.

Ia akan terus mengkaji semula pelaksanaan levi bahan api penerbangan mampan dengan lebih lanjut melalui perundingan rapat dengan pihak berkepentingan sebelum mengumumkan butiran lanjut pada 2025.

Menurut CAAS, Singapura adalah negara pertama di dunia yang memperkenalkan levi untuk memenuhi matlamat bahan api penerbangannya yang mampan.

Negara lain juga telah melaksanakan keperluan bahan api penerbangan yang mampan, tetapi dalam bentuk mandat berdasarkan volum tetap.


Antara kelemahan mandat sedemikian, ialah pasaran bahan api mampan masih lagi baru dan bekalannya tidak menentu, kata CAAS.


Sasaran sementara untuk 2030 juga telah ditetapkan bagi mengurangkan pelepasan penerbangan domestik dari operasi kemudahan, bangunan, kenderaan, bagasi penumpang dan pengendalian kargo di lapangan terbang Changi dan Seletar kepada 326 kilotonne (kt) karbon dioksida, iaitu 20 peratus lebih rendah daripada tahap prapandemik 2019.


Selain daripada 12 daya usaha yang dibentangkan, pelan tindakan itu mengetengahkan langkah dalam lima bidang sokongan termasuk dasar dan peraturan, pembangunan industri, prasarana, transformasi tenaga kerja serta kerjasama antarabangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >