Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aishah beri amaran heret Azwan ke mahkamah susuli komen menghina

Oct 17, 2023 | 4:34 PM
TIDAK DAPAT TAHAN SABAR: Datuk Aishah tidak lagi dapat menahan kesabaran dan mengancam untuk mengheret Azwan Ali, yang dikenali sebagai Diva AA, ke mahkamah kerana melontarkan kata-kata kesat membabitkan keluarganya di wadah X (dulu dikenali sebagai Twitter).
TIDAK DAPAT TAHAN SABAR: Datuk Aishah tidak lagi dapat menahan kesabaran dan mengancam untuk mengheret Azwan Ali, yang dikenali sebagai Diva AA, ke mahkamah kerana melontarkan kata-kata kesat membabitkan keluarganya di wadah X (dulu dikenali sebagai Twitter). - Foto-foto ASTRO, fail

Bintang veteran, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin, memberikan amaran kepada pengacara Azwan Ali, yang dikenali sebagai Diva AA, agar memadam ciapan wadah X (dulu dikenali sebagai Twitter), yang mengutuk dirinya.

Kata Aishah di Instagram: “Tolong padam Azwan Ali. Jangan sampai saya heret anda ke mahkamah.”

Bagi Aishah, 58 tahun, yang baru sahaja tersingkir daripada konsert keempat All Stars Gegar Vaganza pada Ahad, Azwan, 57 tahun, bermulut lancang, lapor laman Kosmo! Online.

Aishah benar-benar berang dengan komen menghina Azwan, yang lebih dikenali ramai sebagai pengacara, Anugerah Juara Lagu (AJL), suatu ketika dahulu.

Azwan dalam wadah X, memuat naik status berbaur kasar dengan penyingkiran Aishah yang berbunyi: “Si skirt tiga kali Jumaat (merujuk Aishah) tersingkir. Padan muka. Kau pergi melalak depan keturunan bangsat kau.”

Aishah berkata dirinya sudah lama menahan sabar dengan tohmahan negatif Azwan.

Menurut Aishah, beliau bagaimanapun hilang sabar apabila Azwan mula menyentuh perihal berkaitan keluarga dan keturunannya.

“Aku cuba bersabar, aku cuba menegur dengan baik tetapi tidak habis-habis dengan kata nista. Kali ini, saya memandang serius kerana dia (Azwan) mencuit keturunan dan keluarga.

“Kalau anda rasa boleh lepas di mahkamah dunia, saya beritahu kamu insya-Allah pembalasan akan sampai. Kali ini anda sudah terlalu melampau!” kata Aishah, yang juga pelantun lagu, Janji Manismu itu menerusi Instagram.

Tambah Aishah, beliau tidak akan sesekali memaafkan perbuatan Azwan itu dan berdoa agar dia diberi balasan setimpal oleh Allah.

“Saya tidak akan ampunkan anda kerana menghina keturunan saya. Balalah kepada kau, Azwan Ali,” coret Aishah.

Rata-rata peminat bagaimanapun menasihati Aishah supaya tidak mempedulikan komen Azwan kerana menganggap selebriti itu ‘sakit’ dan hanya inginkan perhatian.

Terdahulu, Aishah tersingkir daripada All Stars Gegar Vaganza musim ke-10 (GV10) ketika berduet dengan juara Akademi Fantasia (Musim Pertama), Vince Chong, menerusi lagu, Terlanjur Cinta.

Nama Aishah bagaimanapun menjadi panas apabila dilabel sebagai penyanyi tidak profesional oleh warganet apabila beliau seperti tidak berpuas hati apabila disingkirkan seawal minggu keempat pertandingan itu.

“Rasanya ramai yang gembira apabila doa mereka dimakbulkan untuk lihat saya tersingkir,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg