Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Warganet terkejut kenyataan Aishah beri gambaran pahit telan kegagalan

Oct 17, 2023 | 05:30 AM



Kata-kata terakhir penyanyi veteran yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Datuk Aishah, pada minggu keempat pertandingan realiti All Stars Gegar Vaganza pada Ahad malam mengejutkan ramai warganet yang tertanya-tanya apakah beliau payah menerima kegagalan?


Atau apakah beliau hanya bergurau selepas duet bersama juara Akademi Fantasia (AF Musim Pertama), Vince Chong, bagi lagu Ungu dan Rossa, Terlanjur Cinta, tidak menjadi?


Aishah apabila diminta membuat ucapan terakhir di pentas tersebut sebelum mengundur diri, berkata:

“Agaknya doa orang di luar sana makbul. Saya pun suka dapat tidur lebih lama esok,” jelasnya, memberi impak kepada yang menonton dan terpampang wajah peserta lain dan pengacara yang terkejut.

Selepas itu, ramai juga yang mengirim ciapan Twitter/X, bertanya: “Mengapa legenda sepertinya payah terima kegagalan? Pahit betul bila tersingkir... Siapa yang doakan dia terkeluar?”

Ada juga yang berasakan rasa hormat mereka pada beliau yang awalnya dikenali sebagai vokalis kumpulan New Zealand, The Fan Club, sudah terluput gara-gara sikap yang dianggap tidak profesional itu. Rasa tidak puas hati itu malahan membuatkan peminat itu ingin memadamkan semua lagu Aishah daripada senarai aplikasi Spotify.

Bagi Aishah, 58 tahun pula, sukar untuknya memahami di mana pergi silapnya atau apakah pendengarannya dan pemahamannya tentang mutu vokal tidak sama lagi dengan tuntutan masa kini.

Beliau tertanya-tanya bagaimana persembahannya boleh meraih markah paling corot dalam kalangan 14 peserta yang masih bertanding iaitu 43.75 peratus.

“Saya rasa persembahan saya okey sahaja. Saya rasa saya tidak buat sebarang kesalahan. Saya secara jujur tidak tahu mengapa saya dinilai teruk? Itu gagal tau,” katanya kepada media seberang.

Ditanya apakah sikap lantangnya bertanya bermacam perkara di media sosial mengenai keadilan peraduan tersebut menjadi punca beliau tersingkir, Aishah berkata pendiriannya teguh bagi memperbetulkan apa yang beliau rasa tidak betul.

Sebelum ini, Aishah mempersoal penghakiman konsert minggu keempat kerana mendapati ada peserta yang berpeluang menyanyi bersama adik-beradik sendiri atau mendendangkan lagu pasangan duet masing-masing.

Juri tetap, Hetty Koes Endang, tidak menafikan kehebatan vokal Aishah tetapi menambah penyanyi itu tidak memberi emosi yang sewajarnya ada pada lagu Terlanjur Cinta. Ia kelihatan lebih marah daripada romantis.


Aishah pula menjawab teguran Hetty: “Sebab saya macam nyanyi dengan anak...” menyentuh tentang duetnya bersama Vince yang jauh lebih muda daripadanya.

Walau bagaimanapun, Aishah menjelaskan beliau ingin tinggalkan fasa mendukacitakan itu bagi mencari wadah lain untuk menghiburkan peminatnya.

“Saya rasa ibarat dah kecewakan mereka. Tapi kita akan cari wadah lain untuk saya terus menghiburkan peminat yang susah payah datang menyokong dari jauh. Saya juga dalam perancangan menghasilkan album irama Melayu dan akan terus bikin lagu selagi orang mahu mendengar suara saya,” katanya.

Memberikan pengamatannya pula mengenai penyingkiran Aishah, ketua juri, Datuk Ramli MS, berkata:

“Dari segi frekuensi, memang ada masalah. Pasangan duetnya pun gagal. Dalam duet, kena hati-hati. Kalau awak tak buat salah, pasangan awak buat salah. Begitu sebaliknya. Mereka kelihatan janggal sedikit dan banyak kelemahan.

“Pemilihan lagu itu penting. Aishah awalnya nakkan Hafiz Suip jadi gandingan duetnya tetapi tak dapat. Apabila kami tunjukkan video muzik Vince, dia kata okey.” – HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >