Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bila penonton nak ‘happy’, timbul kontroversi

Oct 17, 2023 | 05:30 AM



Setiap kali peraduan Gegar Vaganza (GV) ke udara di Astro Ria, setiap kali itu ramai sudah tetapkan pemikiran dan ‘mood’ nak bersuka-ria. Dari musim pertama hingga kesembilan, saya tidak dapat nafikan, kebanyakan masa kita ‘enjoy’ sahaja.


Tapi apabila masuk musim ke-10 atau All Stars Gegar Vaganza yang menghimpunkan 10 juara dan enam finalis daripada sembilan Musim GV, lain pula jadinya. Kita sebagai penonton sentiasa berteka-teki dan lebih daripada itu, sentiasa disajikan dengan episod tidak berkesudahan individu yang merajuk, terdesak mengalah ataupun mempersoal bermacam perkara.


“Banyak betul dramanya! Berapa episod ni? Orang nak ‘happy-happy’. “Dah jadi bebanan fikiran pula” ujar seorang teman yang tidak sukakan suasana negatif di kala orang bertanding yang sewajarnya menjadi platform sihat.


Saya teringatkan GV8 yang bergerak macam sebuah keluarga besar dengan bintang hebat seperti Aliff Aziz, Nikki Palikat, Suki Low, Allahyarhamha Adibah Noor, Saiful Apek dan Yassin Senario. Kalau seorang terkeluar, yang lain turut bersedih. Merekalah satu-satunya kohort peserta yang merakam lagu Raya bersama atas usulan Adibah yang ingin lihat keakraban itu terjalin selepas pertandingan melabuhkan tirai.

Kita lihat pengacara yang dipuji bagi GV9, Elly Mazlein, atau nama pentasnya, Kak Lina Pom Pom, kini menimbulkan teka-teki. Apabila orang kata tiga pengacara membingitkan dengan ada pula yang anggap Kak Lina kadangkala ‘over’ seakan-akan ingin menarik perhatian, Kak Lina muncul sebagai Elly Mazlein pada minggu kedua. Tapi orang pula kata cara pengacaraannya lemau dan serius sangat.

Tahu-tahu pada minggu keempat, beliau mengambil keputusan mengejut untuk undurkan diri tetapi sempat pula memuatnaikkan kata-kata yang membuatkan orang tertanya-tanya apakah kata-kata nasihat ‘pedasnya’ itu ditujukan kepada rakan pengacara, sama ada Nabil Ahmad ataupun Jihan Muse? Atau siapakah orang yang dikatakan sebagai membunuh dirinya untuk nampak lebih ketara baik di mata ramai.

Ini belum masuk kisah Datuk Aishah dan kenyataan penutup sebelum beliau meninggalkan pentas All Stars GV. Ramai yang kata apakah memang beliau bergurau kasar dengan menyatakan doa ramai yang ingin lihat beliau terkeluar makbul? Atau ia datang daripada lontaran kata pedas dan ‘frust’ terhadap mereka yang mengecamnya?


Sebenarnya, saya suka dengan penampilan Elly sebagai Kak Lina Pom Pom yang gila-gila tetapi berhati ihsan untuk berdiri di sebelah peserta dengan markah terendah yang masih menanti dengan penuh debaran untuk mara ke pusingan selanjutnya dalam segmen ‘Ada lagu, ada lagi’.

Sebagai seseorang yang membesar dengan lagu Aishah yang menjadi peneman dan mengumpul duit jajan untuk beli cakera padat dan kasetnya semasa bersekolah, saya juga sukakan vokal beliau walau saya akur perubahan masa kadangkala turut mengubah suara penyanyi kegemaran kita. Siapa tak ‘sentimental’ dengar lagu Pulanglah nyanyian beliau setiap Raya?


Kita sedia maklum peraduan realiti banyak permainannya untuk memancing penonton, lebih-lebih lagi dalam era tular media sosial. Kak Lina Pom Pom dan Aishah pasti ada sebab tersendiri untuk berbuat sesuatu yang menimbulkan reaksi warganet. Doa saya kita masih terus dapat berhibur dengan kerja seni mereka pada masa akan datang.

Walau apa pun, saya masih mengharapkan All Stars GV yang menyuntik aliran positif dalam mengamati dunia hiburan Nusantara sebagai pemacu seni tanpa sempadan negara. Saya anggap peraduan ini juga ruang untuk penonton yang tidak faham unsur teknikal muzik agar bukan sahaja berhibur tetapi belajar secara asas takrifan muzik bermutu daripada juri berilmu, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz Selamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >