Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Aiyaiyai.... Buat apa Ayai dalam baju Aliff Aziz?

Oct 25, 2023 | 08:17 PM



Peserta semakin berkurang, suasana di balik pentas semakin ‘sunyi’.

Namun apa yang amat dirindui adalah suasana meriah di bilik solek All Stars Gegar Vaganza (GV) yang bertambah sepi apabila pertandingan nyanyian musim ke-10 itu, kini hanya tinggal 12 peserta selepas Ayai Illusi disingkirkan pada Ahad.


Demikian dicatat Hady Mirza dalam satu pos di Instagram yang boleh dikatakan sebagai sanjungan penghargaan buat Ayai pada Rabu yang telah mencatatkan lebih 2,800 Likes sehingga 6.45 petang Rabu.

Apa yang akan dirindukan tentang penyanyi berusia 61 tahun itu adalah senda guraunya serta gelagat lucu beliau di balik pentas Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam menerusi satu video selama dua minit di akaun Instagram hadymirzaofficial itu.







Dalam video yang telah ditonton lebih 21,600 kali sehingga 6.45 petang itu, Hady berkata: “BTS (di balik tabir) minggu 5. Bilik kami sudah tentu semakin sepi, tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk terus bertanding.”

Antara lain Hady kelihatan memicit badan Ayai – yang lebih tua daripada Hady sekitar 20 tahun – serta melakukan latihan suara bersama Aliff Aziz dan Ezad Lazim Exists.


Dalam lagi satu kejadian, peserta-peserta lelaki itu juga kelihatan membaca doa sebelum persembahan dengan Zamani.







Namun apa yang sangat menggelikan hati peserta dan warganet adalah apabila Ayai muncul keluar dari baju labuh Aliff yang dipakai semasa menyanyikan lagu Penghujung Rindu oleh Jamal Abdillah.


Aliff yang jauh lebih tinggi berbanding Ayai, hampir menutup sepenuh tubuh badan Ayai, dan Ayai langsung tidak dapat dilihat apabila beliau ‘bersembunyi’ di dalam baju berlengan labuh itu.

Apabila Ayai muncul dari baju berwarna perak itu, seluruh bilik mekap itu ketawa terbahak-bahak.







“Tengok berulang kali part Ayai keluar dari baju Aliff... cute gila!,” kata seorang pengguna IG elissa_aleeya.


“Ini hanya setakat pertandingan sahaja, tetapi persahabatan mereka akan berpanjang sampai bila-bila,” kata seorang lagi pengguna bernama umfateh79.

Ada yang juga menyatakan bahawa gelagat lucu itu mencerminkan watak Ayai yang digelar sebagai seorang periang.

“Abang Ayai memang dari dulu suka menceriakan suasana, tanpa dia rasa sunyi sahaja,” kata pengguna IG fiffy_aisyu.







Malah pada Rabu, isteri Hady Mirza, Cik Nor Jannah Nor Wahid juga memuat naik rakaman Ayai keluar dari baju Aliff itu dengan tulisan yang menyentuh hati.

“Bayangkan setiap hujung minggu bilik kita merah macam ni,” katanya.

“Tak pernah sunyi tanpa abang Ayai yang kita semua anggap macam bapa sendiri.”

Cik Nor Jannah dalam tulisannya itu juga menyatakan beliau menangis apabila diberitahu Ayai tersingkir dari GV.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >