Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ayai Illusi terbuka dengan penyingkiran

Oct 24, 2023 | 05:30 AM



Senyuman terukir di bibir juara Gegar Vaganza (Musim Pertama), Ayai Illusi, apabila beliau diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu kelima All Stars Gegar Vaganza dengan markah paling rendah sebanyak 53 peratus.


Ayai, 62 tahun, yang menyanyikan lagu kumpulan Ekamatra, Pusara Di Lebuhraya, menghadapi masalah fon telinga yang nyaris tercabut dan menjejas mutu pendengaran dan lontaran suaranya sehingga juri jadi tidak senang dengan dendangannya.


Walhal, lagu rok balada itu bersesuaian dengan suara serak-serak basah dan ‘feel’ sedih dan terkesan Ayai.

Beliau bagaimanapun berundur dengan semangat positif dan mengucapkan terima kasih kepada isteri, anak-anak dan sahabat handai serta peminat yang menyokong dan mendoakannya.

“Saya cuma sedih nak tinggalkan adik-adik yang hebat-hebat belaka dalam pertandingan All Stars Gegar Vaganza. Semoga mereka terus berjuang,” jelasnya.


Menurut ketua juri, Datuk Ramli MS, kalau tidak kerana markahnya dipotong gara-gara masalah teknikal yang boleh diatasi dengan mencabut terus fon tersebut, Ayai boleh bertahan dalam pertandingan dan mengatasi Zamani yang menyanyi lagu Faizal Tahir, Mahakarya Cinta.


Zamani, 52 tahun, mendapat markah 53.75 peratus bagi persembahannya.

Turut dipotong markah kerana masalah fon telinga adalah Azharina Azhar, 38 tahun, yang mendapat tempat ke-10 dengan markah 62.5 peratus selepas menyanyikan lagu yang sudah lama tidak berkumandang di dalam peraduan realiti, Ku Intai Cinta Dalam Rahsia.


Menjawab soalan wartawan antara faktor Zamani melebihi Ayai pada sidang media dinihari Isnin yang diadakan selepas konsert minggu kelima di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Datuk Ramli menjelaskan Zamani tidak tersingkir kerana genre lagu nyanyiannya.

Menurutnya, Zamani mempunyai sedikit kelebihan kerana menyampaikan genre lagu di luar zon selesa berbanding Ayai yang menyampaikan sesuatu yang disifatkan sebagai ‘makanannya’.

“Saya tolak markah Ayai, Azharina pun saya tolak. Penyanyi bila ada masalah berkaitan dengan monitor telinga sudah semestinya ada cara yang boleh menghindarkan perkara itu berlaku secara profesional.

“Kalau melihat daripada markah juri yang bagi, saya semak siapa yang terkeluar. Zamani kelebihannya adalah dia menyanyikan lagu yang bukan genre dia, dia lawan arus. Itu baru pertandingan,” jelasnya.

Ramli turut memuji persembahan Naqiu yang tetap memberi lebih dalam lagu zon selesa mahupun tidak yang dipersembahkan.

“Naqiu apabila dia menyanyi, ya memang genre dia tetapi dia ‘perform’. Ayai menyanyi lagu genre dia, Ezad juga sama, namun mereka cari cara selamat tetapi tidak ‘perform’,” ujarnya.


Di wadah X (dulu dikenali sebagai Twitter), begitu banyak ciapan mengenai pengunduran Ayai yang dibuat dalam keadaan baik-baik sahaja.

Ramai yang membandingkan ucapan penutup tirainya berbanding peserta terdahulu, Datuk Aishah, yang mencetus kontroversi kerana memberi gambaran tidak puas hati atau berat menerima penyingkirannya.

“Abang Ayai relaks sahaja. Senyum-senyum. Masa tinggal dia dan Zamani di pentas, saya tengok Zamani yang nampak tertekan tapi Abang Ayai relaks sahaja.

“Saya tabik ‘orang lama’ macam ni. Lebih mudah terima kegagalan dan apa yang sudah tertulis. Insya-Allah, rezeki Abang Ayai bertambah selepas ini. Beliau adalah juara pertama Gegar Vaganza,” tulis pengguna X, Orang Melayu. – HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >