Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Aktivis masyarakat dakwa artis M'sia Nabila Huda sebar fitnah, tuntut kemaafan atau ganti rugi RM900,000

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Aktivis masyarakat dakwa artis M'sia Nabila Huda sebar fitnah, tuntut kemaafan atau ganti rugi RM900,000

Jan 25, 2022 | 06:40 PM

KUALA LUMPUR: Aktivis Fatimah Zaharah Rahim yang mendakwa difitnah pelakon dan pengacara televisyen, Nabila Huda Suhaimi di laman media sosial pada 2021 menuntut permohonan maaf dan ganti rugi RM900,000 ($288,692) daripada artis popular itu.

Surat tuntutan telah dihantar oleh firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili aktivis tersebut kepada artis popular itu pada Khamis lalu (20 Januari).

Nabila Huda yang juga anak kepada penyanyi rok legenda, Amy Search didakwa menyebarkan berita palsu dan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah pada 25 Disember tahun lepas dengan memuat naik, menulis dan menerbitkan melalui aplikasi Instagram dengan nama pengguna @kupu_kupu.

Fatimah Zaharah mendakwa, Nabila Huda telah mendedahkan beliau kepada kebencian orang ramai apabila melihat dan membaca apa yang telah ditulis dan diterbitkan oleh pelakon tersebut.

Dalam kenyataan media yang diedarkan pada Isnin (24 Januari), Nabila Huda didakwa telah menyiarkan kenyataan-kenyataan berbaur fitnah yang membawa maksud yang aktivis tersebut adalah seorang yang tidak bermoral.

Nabila Huda turut mendakwa aktvitis itu mengambil dan memberi barang sumbangan orang lain namun mengakui barangan tersebut adalah daripadanya, mengambil kesempatan ke atas orang lain dan lain-lain kenyataan.

“Pada tarikh yang sama, Nabila Huda juga didakwa telah memuat naik gambar aktivis berkenaan dan menerbitkan satu penyiaran yang mana kenyataan-kenyataan tersebut membawa maksud yang aktivis tersebut telah memberi barang sumbangan yang bukan miliknya namun menyatakan bahawa barang sumbangan tersebut adalah daripada beliau dan mengambil kesempatan ke atas orang lain.

“Kenyataan-kenyataan yang didakwa fitnah dan berita palsu tersebut telah dikongsi dan ditonton di pelbagai platform media sosial yang lain termasuk di platform YouTube, laman-laman portal berita dan juga saluran media.

“Anak guam, Fatimah Zaharah tidak pernah melakukan seperti apa yang didakwa Nabila Huda dan beliau telah menerima kecaman, ugutan dan komen-komen yang tidak benar daripada masyarakat berikutan kata-kata yang dikongsikan oleh pelakon tersebut,” kata peguam Nurul Hafidzah Hassan dalam kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, sekiranya tiada permohonan maaf, pembayaran ganti rugi RM900,000 atau ganti rugi yang setimpal dengan kesan daripada tindakan dakwaan fitnah tersebut dalam masa tujuh hari selepas penerimaan surat tuntutan, aktivis itu akan terus memfailkan tuntutan di mahkamah.

Kata kenyataan itu lagi, dakwaan yang dibuat Nabila Huda telah menyebabkan Fatimah Zaharah mengalami malu, tekanan emosi dan kesedihan apabila masyarakat mempercayai dakwaan berita palsu dan fitnah yang telah dimuat naik dan diulang siar oleh pengguna-pengguna media sosial yang lain setelah melihat hantaran tersebut. - Astro Awani

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3